Al-Hidayah
Cara Belajar Bahasa Arab Balaghah
- Regular price
- RM 25.00
- Sale price
- RM 25.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Sinopsis Cara Belajar Bahasa Arab Balaghah
Allah SWT menurunkan wahyu kepada Nabi Muhammad SAW di tanah Arab dan dalam Bahasa Arab. Firman Allah SWT yang bermaksud. “Sesungguhnya telah Kami turunkan al-Quran dalam bahasa Arab, mudahmudahan kamu memikirkannya.”Al-Quran sebagai kitab suci dan pedoman hidup yang utama dan perlu untuk difahami. Justeru itu memahami al-Quran hanya akan tepat dan betul sekiranya mampu menguasai berbagai disiplin ilmu dan yang terpenting adalah Bahasa Arab. Sesungguhnya al-Quran dari aspek bahasanya adalah sangat kaya maknanya dan menyeluruh maksudnya. Ketinggian sastera dan keindahan bahasanya merupakan salah satu mukjizat dari al-Quran itu sendiri yang didatangkan oleh Allah SWT bagi mencabar kebolehan bangsa Arab yang terkenal sebagai ahli sastera yang sangat unggul pada masa itu. Kehadiran buku ini adalah untuk membantu anda di dalam memahami sastera di dalam bahasa Arab yang sering disebut dengan istilah al-Balaghah. Sama ada dari segi al-Bayan seperti tasybih, majaz, haqiqat, kinayah, dan juga segi al-Ma’ani seperti insyak, khabar, qasr dan juga dari segi keindahan bahasanya atau al-Badi’ seperti sajak, mudabalah, istibas dan lain-lain. Buku ini sangat sesuai khasnya bagi penuntut sama ada di sekolah ataupun Pengajian Tinggi dan juga sesiapa sahaja yang ingin menikmati keindahan dan kemukjizatan bahasa al-Quran.
Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini
- Pengenalan ilmu balaghah dan kepentingannya dalam memahami alQuran
- AlBayan: tasybih, majaz, haqiqat dan kinayah
- AlMa’ani: insyak, khabar dan qasr
- AlBadi’: sajak, muqabalah, iqtibas dan keindahan gaya bahasa
Buku Ini Sesuai Untuk
- Pelajar sekolah yang mempelajari Bahasa Arab
- Pelajar institusi pengajian tinggi dalam bidang Bahasa Arab atau Pengajian Islam
- Guru dan pensyarah Bahasa Arab
- Pelajar yang ingin memahami gaya bahasa alQuran
Maklumat Buku
- Penulis: Allah SWT bagi mencabar kebolehan bangsa Arab yang
- Penerbit: Al-Hidayah
- ISBN: 9789830993393
- Muka Surat: Akan Datang
- Saiz: -
- Berat: 0.7 kg