• 9577
1

Al-Hidayah

Terjemah Aqidatul Awam Dan Huraiannya

Regular price
RM 12.00
Sale price
RM 12.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Terjemah Aqidatul Awam Dan Huraiannya

Aqidatul Awam merupakan salah satu kitab Tauhid karangan ulama besar, seorang Waliyullah yang masyhur pada zamannya, iaitu Syekh Sayyid al-Marzuqi al-Maliki al-Hasani.Kitab ini sangat popular dalam dunia Islam, bahkan digunakan di berbagai pondok dan madrasah di seluruh dunia, termasuk Malaysia.

Selari dengan namanya "Aqidatul Awam" yang bererti akidah untuk orang-orang awam, kitab ini dipersembahkan untuk umat Islam agar mengenali tauhid, khususnya bagi tingkat pemula. 

Oleh itu, isi daripada kitab ini sangat perlu dan penting untuk diketahui oleh setiap umat Islam lebih-lebih lagi bagi mereka yang baru sahaja mengenali Islam.

Kitab ini mengandungi 57 bait, bermula dengan pujian-pujian kepada Allah dan Rasulullah, serta kepada para sahabat dan ahli bait Nabi SAW.

Kemudian di dalamnya juga membahaskan tentang kewajipan mengetahui sifat-sifat Allah, sifat-sifat mustahil bagi Allah, dan sifat jaiz bagi Allah. 

Di dalamnya juga dijelaskan tentang sifat-sifat wajib, mustahil, dan jaiz bagi para Rasul, serta nama-nama 25 Nabi yang wajib diketahui.

Ada juga perbahasan tentang nama-nama 4 kitab suci yang diturunkan oleh Allah, kewajipan menerima ajaran yang disampaikan oleh Rasulullah, serta iman kepada hari kiamat. 

Ada juga penjelasan tentang nama-nama keluarga Nabi, cerita sejarah perjalanan Israk dan Mikraj, kewajipan mendirikan solat lima waktu, dan masih banyak lagi. 

Nazom Aqidatul Awam ini juga sudah mula dimasuki ole unsur instrumen seni, seperti dilagukan dengan pelbagai irama dan dipadukan dengan berbagai alat musik islami, seperti gambus, rebana, dan sebagainya.

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Pengenalan asas ilmu tauhid dan akidah Islam
  • Sifat wajib, mustahil dan jaiz bagi Allah SWT
  • Sifat wajib, mustahil dan jaiz bagi para rasul
  • Nama 25 nabi, kitabkitab Allah dan perkara keimanan

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca yang baru mempelajari asas akidah Islam
  • Pelajar sekolah agama, madrasah dan pondok
  • Guru atau pengajar subjek tauhid peringkat asas
  • Mualaf yang ingin memahami dasardasar keimanan

Maklumat Buku

  • Penulis: -
  • Penerbit: Al-Hidayah
  • ISBN: 9789674393793
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: 6 x 9 inci
  • Berat: 0.3 kg

Buku Berkaitan