• 7907
1

Al-Hidayah

Syarah Matan Jauharah At-Tauhid

Regular price
RM 22.00
Sale price
RM 22.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Syarah Matan Jauharah At-Tauhid

“Awal-awal agama adalah dengan mengenal Allah”

Buku yang berjudul Syarah Matan Jauharah At-Tauhid ini merupakan syarah bagi Matan Jauharah At-Tauhid. Buku ini membahaskan berkenaan ilmu Usuluddin yang membincangkan berkenaan Makrifatillah atau mengenal Allah. Di dalam buku ini dibahaskan perbincangan sifat-sifat Allah dan sifat-sifat Nabi sama ada sifat wajib, sifat mustahil dan sifat harus. Di samping itu juga, dihadirkan perbahasan lain seperti hukum basmalah, hukum selawat dan taradhi, sejarah Ilmu Kalam, perbincangan ayat-ayat Mutasyabihat yang terdapat di dalam Al-Quran dan lain-lain perbincangan.

Buku ini dialih tulisan ke tulisan Rumi daripada kitab asalnya dalam tulisan Jawi tanpa sebarang pindaan dari segi Bahasa dan struktur ayat bagi mengekalkan maksud asal penulis dan bagi memudahkan para penuntut ilmu mengikuti pengajian dan membuat rujukan.

Semoga usaha yang kecil ini diganjarkan sebaik-baik ganjaran oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala di samping memberi manfaat dan kefahaman yang jelas kepada masyarakat.

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Makrifatullah dan pengenalan kepada Allah
  • Sifat wajib, mustahil dan harus bagi Allah
  • Sifat wajib, mustahil dan harus bagi para nabi
  • Sejarah dan asas Ilmu Kalam

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Penuntut ilmu Usuluddin dan Akidah
  • Pelajar pondok, madrasah dan institusi pengajian Islam
  • Guru agama, ustaz dan pendakwah
  • Pembaca yang ingin memahami asas tauhid secara tersusun

Maklumat Buku

  • Penulis: Al-Iman As-Syeikh Ibrahim Al-Laqqani
  • Penerbit: Al-Hidayah
  • ISBN: 9789673683154
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.3 kg

Buku Berkaitan