• 7356
1

Al-Hidayah

Bidayah Al-Hidayah

Regular price
RM 17.00
Sale price
RM 17.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Bidayah Al-Hidayah

Matan Ummul Barahin merupakan sebuah matan yang masyhur dalam mempelajari Ilmu Kalam atau Ilmu Sifat Dua Puluh. Kitab ini menerangkan di dalam bait-bait matannya mengenai sifat ketuhanan yang wajib diketahui oleh sekalian mukallaf.

Justeru, bagi memudahkan para penuntut ilmu memahami isi kandungan matan ini, Al-Allamah Al-Fadhil Tuan As-Syeikh Muhammad Zain Ibnu Al-Faqih Jalaluddin telah mengarang satu kitab bagi mensyarah dan menerangkan Matan Ummul Barahin ini yang diberi judul Bidayah Al-Hidayah.

Di dalam kitab ini juga didatangkan taqrirat (nota-nota) yang dicatatkan oleh Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain Al-Fataniy yang dibuat dalam bentuk nota kaki bagi memberi lebih kefahaman kepada para penuntut ilmu sekalian.

Semoga dengan terbitnya mutiara ilmu ini akan menjernihkan kefahaman kita dalam memahami ilmu usuluddin yang menjadi jambatan bagi memperoleh makrifatullah.

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Pengenalan Ilmu Kalam dan Ilmu Usuluddin
  • Syarah Matan Ummul Barahin
  • Sifat Dua Puluh dan sifat ketuhanan yang wajib diketahui
  • Kefahaman asas tentang makrifatullah

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pelajar yang mempelajari Ilmu Kalam dan Sifat Dua Puluh
  • Penuntut ilmu di pondok, madrasah dan institusi pengajian Islam
  • Guru atau ustaz yang mengajar ilmu akidah dan usuluddin
  • Pembaca yang ingin memahami Matan Ummul Barahin

Maklumat Buku

  • Penulis: Al-Allamah Al-Fadil Tuan As-Syeikh Muhammad Zain Ibn Al-Faqih
  • Penerbit: Al-Hidayah
  • ISBN: 9789673682966
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.3 kg

Buku Berkaitan