Al-Hidayah
Nasihat Dan Wirid Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani
- Regular price
- RM 60.00
- Sale price
- RM 60.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Nasihat Dan Wirid Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani
Nasihat Dan Wirid Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani ialah buku karya Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani yang diterbitkan oleh Al-Hidayah. Buku ini membawa pembaca memahami sejarah dan perjalanan tokoh-tokoh Islam.
Sinopsis Buku Nasihat Dan Wirid Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani
Pada ketika Baghdad masyhur sebagai sebuah kota ilmu, di situlah membuak-buaknya semangat seorang anak muda untuk mendatangi kota peradaban ilmu terkenal ini. Anak muda yang dimaksudkan adalah Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani yang ketika itu menetap di Jailan dalam wilayah Iran. Beliau bertekad untuk berhijrah dan menetap di kota Baghdad untuk menimba ilmu yang beliau idamkan. Dengan semangat yang jitu, maka bermulalah sebuah perjalanan ilmu oleh seorang alim yang begitu dikenali sehingga kini.
Beliau telah menetap dan menimba ilmu di kota itu iaitu di Madrasah Syeikh Abu Said Al-Mukharramy. Di sinilah peribadi seorang ilmuan yang banyak mewariskan ilmu kepada banyak generasi dibangunkan. Banyak nasihat dan panduan yang dikongsikan oleh beliau disebarkan menjadi panduan kehidupan umat Islam sehingga kini.
Buku ini menghimpunkan nasihat dan wirid yang telah diamal dan diajarkan oleh Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani. Sudah pastinya, ia bukan calangcalang nasihat dan wirid kerana ia datang daripada seorang yang diakui kealiman, kewalian dan karamahnya oleh seluruh penduduk Islam sedunia.
Moga-moga dengan pencerahan ilmu yang dikongsikan di dalam buku menjadi salah satu asas untuk kita meraih keredhaan Ilahi. Malah menambahkan lagi rasa patut dan taat kepada Allah Azza wa Jalla serta rasa cinta dan rindu kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Mengapa Perlu Memiliki Buku Ini?
- Menambah pengetahuan sejarah Islam.
- Mengambil pengajaran daripada kehidupan tokoh Islam.
- Meningkatkan kecintaan terhadap agama.
- Sesuai dijadikan bahan rujukan.
Maklumat Buku
- Penulis: Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani
- Penerbit: Al-Hidayah
- ISBN: 9789674390617
- Berat: 0.3 kg
- Saiz: 6 x 9
Sesuai Untuk Pembaca
- Pelajar.
- Guru.
- Peminat sejarah Islam.
- Pembaca umum.