• 8057
1

Al-Hidayah

Adab Dalam Islam Lengkap Serta Mengikut Sunnah Rasulullah SAW

Regular price
RM 32.00
Sale price
RM 32.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Adab Dalam Islam Lengkap Serta Mengikut Sunnah Rasulullah SAW

Adab Dalam Islam Lengkap Serta Mengikut Sunnah Rasulullah SAW ialah buku karya Fuad Abdul Aziz Asy-Syalhub yang diterbitkan oleh Al-Hidayah. Buku ini membawa pembaca memahami sejarah dan perjalanan tokoh-tokoh Islam.

Sinopsis Buku Adab Dalam Islam Lengkap Serta Mengikut Sunnah Rasulullah SAW

“Sesungguhnya aku (Muhammad) diutuskan adalah untuk menyempurnakan akhlak.”

Nabi Muhammad diutuskan adalah untuk memberi contoh dan teladan yang terbaik dalam kehidupan seharian kita. Contoh yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad SAW bukan sahaja khusus dalam bidang pentadbiran atau dakwah semata-mata. Ia merangkumi seluruh aspek dan keperluan kehidupan. Adab dan akhlak yang dipraktikkan oleh Nabi SAW telah menjadikan Islam dan Negara Islam cemerlang dan berjaya.

Keampuhan dan kekuatan Islam dan tamadun Islam ketika zaman Nabi SAW dan para sahabat bukanlah kerana hebatnya pasukan tenteranya atau kekayaan hasil keluarannya, tetapi ia sebenarnya terletak pada adab, akhlak dan peribadi umat Islam yang tidak ada bandingannya. Islam berkembang ke seluruh pelusuk dunia kerana kecantikan dan keindahan akhlak dan peribadi yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad SAW dan umat Islam.

Adab yang diajarkan oleh Baginda SAW bukan sahaja sesama umat Islam, malah kepada semua termasuk makhluk-makhluk lain yang berada di sekitar kita. Inilah keindahan dan kesempurnaan adab yang diajarkan oleh Nabi SAW yang dikagumi oleh semua termasuk mereka yang bukan Islam.

Para ilmuan Islam terdahulu amat menekankan tentang pengajian adab sebelum mereka mempelajari ilmu. Seorang alim telah berkata kepada anaknya, “Wahai anakku, jadikan amalmu ibarat garam dan adabmu ibarat tepung. Yakni perbanyakkanlah adab seperti perbandingan banyaknya tepung dan garam dalam satu adunan. Banyak adab dengan sedikit amal soleh lebih baik daripada amal dengan sedikit adab.”

Mengapa Perlu Memiliki Buku Ini?

  • Menambah pengetahuan sejarah Islam.
  • Mengambil pengajaran daripada kehidupan tokoh Islam.
  • Meningkatkan kecintaan terhadap agama.
  • Sesuai dijadikan bahan rujukan.

Maklumat Buku

  • Penulis: Fuad Abdul Aziz Asy-Syalhub
  • Penerbit: Al-Hidayah
  • ISBN: 9789674393434
  • Berat: 0.3 kg
  • Saiz: 6 x 9

Sesuai Untuk Pembaca

  • Pelajar.
  • Guru.
  • Peminat sejarah Islam.
  • Pembaca umum.