• 7680
1

Al-Hidayah

Panduan Mencari Jodoh

Regular price
RM 9.00
Sale price
RM 9.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Panduan Mencari Jodoh

Memang benar jodoh pertemuan, rezeki dan ajal maut sudah ditetapkan oleh Allah SWT. Namun begitu, ini tidak bermakna kita hanya perlu berpeluk tubuh menunggu jodoh, rezeki dan maut masing-masing. Kita sebaliknya disuruh berusaha, berdoa dan bertawakkal kepada Allah untuk mendapatkan apa yang kita hajati di dunia ini.

Perkahwinan adalah sunnah Rasulullah SAW. Ia menjamin kesucian dan kesinambungan keturunan manusia mengikut landasan yang betul. Malangnya, tidak semua perkahwinan berkesudahan dengan kebahagiaan, banyak yang terkandas di tengah perjalanan. Penceraian berlaku tanpa mengira usia dan latar belakang sosio-ekonomi dan agama. Antara alasan yang sering kita dengar ialah pasangan tidak sesuai, tidak sekufu atau tidak cocok.

Buku “PANDUAN MENCARI JODOH” ini cuba memberi bimbingan dan garis panduan bagi mereka yang ingin mencari jodoh mengikut lunas-lunas Islam. Dengan harapan, akan terbinanya keluarga Islam yang bahagia di dunia dan akhirat.

Buku ini bukan sahaja boleh menjadi panduan teruna dan dara yang sedang mencari bakal pasangan hidup mereka, bahkan ia juga perlu dihayati oleh para ibubapa yang ingin memilih pasangan hidup anak-anak mereka.

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Usaha, doa dan tawakal dalam mencari jodoh
  • Panduan memilih pasangan hidup mengikut lunaslunas Islam
  • Keserasian, sekufu dan kesesuaian dalam perkahwinan
  • Perkahwinan sebagai sunnah Rasulullah SAW

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Teruna dan dara yang sedang mencari jodoh
  • Individu yang ingin memilih pasangan hidup berlandaskan Islam
  • Pasangan yang merancang untuk berkahwin
  • Ibu bapa yang membantu memilih jodoh anakanak

Maklumat Buku

  • Penulis: Dr. Kamil Musa
  • Penerbit: Al-Hidayah
  • ISBN: 9789675274527
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.3 kg

Buku Berkaitan