• 8739
1

Al-Hidayah

Ensiklopedia Kemukjizatan Sains Dalam Al-Quran & Sunnah

Regular price
RM 79.00
Sale price
RM 79.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Ensiklopedia Kemukjizatan Sains Dalam Al-Quran & Sunnah

Abdul Hayy al-Kattani di dalam bukunya "al-Taratib al-ldariyyah" menegaskan bahawa buku ensiklopedia yang paling agung dan lengkap adalah Al-Qur'an Al-Karim. Segala apa yang berkaitan dengan kehidupan manusia duniawi mahupun ukhrawi sebenarnya sudah terdapat di dalam Al-Qur'an. Cuma hanya terpulang kepada umat Islam sendiri, sama ada mahu atau tidak meneroka, menggali dan melakukan kajian terhadap apa yang terkandung di dalam Al-Qur'an.

Di antara isi kandungan Al-Qur'an yang paling penting yang berkaitan dengan kehidupan umat manusia pada masa ini adalah tentang sains. Kajian dan penerokaan tentang ilmu sains ini semakin dianggap satu kepentingan. lni timbul kerana sains dalam era teknologi dan kemodenan ini merupakan sebagai elemen penting untuk kehidupan seharian.

Namun persoalannya kini adalah sudah bersediakah atau mampukah kaum Muslimin memikul tanggungjawab ini? Menggali dan membuat kajian untuk meneroka pelbagai disiplin ilmu temasuklah sains di dalam Al-Qur'an bagi memastikan kehidupan mereka tidak lagi bergantung dengan dunia barat. Buku memaparkan aspek keajaiban sains yang tersimpan di dalam Al-Qur'an. Dengan apa yang disampaikan oleh penulisnya akan mengiatkan lagi usaha umat Islam dalam memperkasakan diri mereka dengan ilmu sains seperti yang telah dilakukan tokoh-tokoh saintis Muslim silam.

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Kemukjizatan sains dalam AlQuran dan Sunnah
  • Hubungan antara wahyu, ilmu pengetahuan dan kehidupan manusia
  • Penerokaan ayatayat AlQuran berkaitan sains moden
  • Sumbangan tokoh saintis Muslim dalam perkembangan ilmu

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pelajar dan mahasiswa bidang pengajian Islam
  • Guru Pendidikan Islam dan pendidik
  • Pembaca yang berminat dengan AlQuran dan sains
  • Penyelidik hubungan antara agama dan ilmu pengetahuan

Maklumat Buku

  • Penulis: penulisnya akan mengiatkan lagi usaha umat Islam dalam
  • Penerbit: Al-Hidayah
  • ISBN: 9789675115769
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan