• 9225
1

Al-Hidayah

Kaedah Mudah Dan Cepat Menghafaz Al-Quran

Regular price
RM 8.00
Sale price
RM 8.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Kaedah Mudah Dan Cepat Menghafaz Al-Quran

Al-Qur’an merupakan kalamullah mukjizat terbesar yang diberikan kepada Nabi Muhammad s.a.w. menerusi Malaikat Jibrail a.s. sebagai pedoman hidup manusia hingga ke akhir zaman. Ketinggiannya mencabar matahari, bintang untuk tunduk, patuh dan sujud kepada Allah SWT, sehingga wajarlah sekiranya al-Qur’an itu diturunkan kepada gunung maka dia akan hancur kerana takut tidak sanggup menanggungnya. Kebesarannya Pula menjadikan betapa pentingnya menjaga kemutawatiran al-Qur’an, sehingga orang-orang yang menghafalnya mereka layak mendapat sanjungan dan pujian sama ada dari Allah SWT ataupun Rasulullah s.a.w. Mereka digelar sebagai Pilihan Allah, Ahlullah, Orang yang telah diberi ilmu, dan Penjaga keaslian al-Qur’an. Buku ini telah memberi satu pengajaran mengenai kaedah mudah dan cepat untuk menghafal al-Qur’an, pendedahan cara menghafal berdasarkan ilmu serta pengalaman. Sehingga menghafal bukanlah sesuatu yang membebankan justeru ia akan menambah rasa tawaduk, khusyuk, serta keazaman yang tinggi. Bacalah al-Quran kerana sesungguhnya ia akan memberi syafaat pada hari kiamat, hafalkanlah al-Qur’an kerana engkau akan menjadi ahlullah.

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Keutamaan dan kemuliaan menghafaz alQuran
  • Kaedah mudah dan cepat untuk menghafaz alQuran
  • Teknik hafazan berdasarkan ilmu dan pengalaman
  • Membina tawaduk, khusyuk dan keazaman dalam hafazan

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Individu yang ingin mula menghafaz alQuran
  • Pelajar sekolah agama dan institusi tahfiz
  • Ibu bapa yang membimbing anak menghafaz alQuran
  • Guru alQuran dan tenaga pengajar tahfiz

Maklumat Buku

  • Penulis: Abu Mazaya al-Hafiz
  • Penerbit: Al-Hidayah
  • ISBN: 9789830996349
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: 6 x 8 inci
  • Berat: 0.3 kg

Buku Berkaitan