• 7763
1

KarnaDya

You Can Call Me Monster

Regular price
RM 26.00
Sale price
RM 26.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

You Can Call Me Monster Oleh Aein Dhiyauddin

You Can Call Me Monster karya Aein Dhiyauddin membawa pembaca menyelami konflik perasaan apabila hati terpaksa membuat pilihan antara lebih daripada seorang insan. Kisah ini berpusat pada Hasnul. NUR HASNUL HISHAM – Seorang duda, baru kematian isteri. Menyalahkan dirinya sendiri atas kematian isteri dan anak mereka. Larut dalam kesedihan dan penyesalan hingga berniat mahu membunuh diri. NAJLA ATIKAH - Kelihatan seperti gadis biasa tetapi dia seorang

Sinopsis Novel You Can Call Me Monster

NUR HASNUL HISHAM – Seorang duda, baru kematian isteri. Menyalahkan dirinya sendiri atas kematian isteri dan anak mereka. Larut dalam kesedihan dan penyesalan hingga berniat mahu membunuh diri.

NAJLA ATIKAH - Kelihatan seperti gadis biasa tetapi dia seorang luar biasa kerana mampu melihat apa yang orang lain tidak boleh nampak. Dia digelar monster kerana suka menjerit dan menengking tanpa sebab. Tiada kawan lain melainkan SUFIAN dengan HANA.

“Adoi... Sakitlah. Kenapa kau jentik telinga aku.” - HASNUL

“Aku jentik hantu yang bergantung kat telinga kau tu.” - ATIKAH

Pertemuan pertama HASNUL dan ATIKAH, bukanlah sesuatu yang indah untuk dikenang. Atikah ternampak ‘hantu’ yang menyamar sebagai SOFEA, menghasut lelaki itu untuk membunuh diri. PUAN AIDA, ibu Hasnul merayu Atikah agar menyelamatkan anaknya.

“Tak ada perempuan lain ke, ma? Tengoklah pakaian dia ni. Macam ni nak jadi isteri?” - HASNUL

“Kau tak nak?Aku seratus kali tak inginlah! Aku pun tau nak cari lelaki syurga buat khalifah. Bukan lelaki neraka macam kau.” - ATIKAH

Dan mereka berdua terikat dalam sebuah perkahwinan paksa rela. Misi Atikah hanyalah memulihkan Hasnul dan membuatkan lelaki itu kembali normal seperti dahulu. Namun, soal hati bukan sesuatu yang mudah. Bila melibatkan perasaan, pasti ada hati yang terluka dan dilukai.

Kemunculan SARINA, adik kepada arwah Sofea yang membawa wasiat agar dia berkahwin dengan Hasnul, membuatkan segalanya bertambah rumit.

Siapakah pilihan Hasnul? Bagaimana pengakhiran rumah tangga dia dengan Atikah? Berjayakah Atikah dalam misinya memulihkan Hasnul? Apa pula rahsia yang Puan Aida simpan?

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
  • Watak yang berkembang secara semula jadi.
  • Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.

Genre Novel You Can Call Me Monster

  • Novel Melayu
  • Romantik Melayu
  • Kekeluargaan

Novel Ini Sesuai Untuk Peminat

  • Peminat novel cinta.
  • Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
  • Pengumpul novel Melayu.

Novel Berkaitan Aein Dhiyauddin

  • Hero Jelita
  • Bibik Milenium Balik Dubai
  • Miss Mochi
  • Mr Bibik
  • Cinta Zara