Al-Hidayah
Wisyahul Afrah Wa Isbahul Falah Puncak Kebahagian Dan Keberuntungan Yang Cemerlang
- Regular price
- RM 16.00
- Sale price
- RM 16.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Wisyahul Afrah Wa Isbahul Falah Puncak Kebahagian Dan Keberuntungan Yang Cemerlang
Wisyahul Afrah Wa Isbahul Falah Puncak Kebahagian Dan Keberuntungan Yang Cemerlang ialah buku karya Al-Abdu al-Fani Muhammad bin Isma'il Daud yang diterbitkan oleh Al-Hidayah. Buku ini membincangkan hukum-hakam dan panduan ibadah berdasarkan syariat Islam.
Sinopsis Buku Wisyahul Afrah Wa Isbahul Falah Puncak Kebahagian Dan Keberuntungan Yang Cemerlang
Wisyahul Afrah Wa Isbahul Falah merupakan sebuah kitab karangan As-Syeikh Al-Abdu Al-Fani Muhammad Bin Ismail Daud Al-Fathani, yang terkenal dengan karya Matla’ Al-Badrain Wa Majma’ Al-Bahrain.
Buku ini menerangkan berkenaan Rukun Islam dan Rukun Iman, Peringatan Bagi Orang Yang Meninggalkan Sembahyang, Hukum Bersuci, Bab Haid, Nifas dan Istihadhah, serta perkara-perkara berkaitan sembahyang sama ada dari segi hukum, syarat, rukun dan sebagainya. Di dalam buku ini juga dihadirkan bab mengenai sembahyang-sembahyang sunat, solat Jumaat, Solat Jenazah serta perbincangan berkenaan Faedah Dunia dan Akhirat.
Buku ini ditransliterasikan daripada tulisan jawi kepada tulisan rumi tanpa sebarang pindaan dari segi gaya bahasa dan struktur ayat bagi mengekalkan maksud asal penulis serta memudahkan para penuntut ilmu dalam mengikuti pengajian.
Semoga dengan kehadiran buku ini akan lebih menyemarakkan kefahaman kita dalam memahami agama Islam yang kita cintai dan lebih memberi kefahaman terhadap ibadah yang kita lakukan.
Mengapa Perlu Memiliki Buku Ini?
- Memahami hukum-hakam Islam dengan lebih jelas.
- Menjadi rujukan dalam kehidupan harian.
- Membantu melaksanakan ibadah dengan betul.
- Meningkatkan kefahaman syariat Islam.
Maklumat Buku
- Penulis: Al-Abdu al-Fani Muhammad bin Isma'il Daud
- Penerbit: Al-Hidayah
- ISBN: 9789673682003
- Berat: 0.3 kg
Sesuai Untuk Pembaca
- Pelajar agama.
- Penuntut ilmu.
- Guru agama.
- Muslim yang ingin mendalami fiqh.