• 9399
1

Karyaseni

Tiada Noktah Cinta Oleh Fatinilam Sari Ahmad

Regular price
RM 25.00
Sale price
RM 25.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Tiada Noktah Cinta Oleh Fatinilam Sari Ahmad

Tiada Noktah Cinta karya Fatinilam Sari Ahmad membawa pembaca menyelami konflik emosi dan percintaan. Kisah ini berpusat pada Jasmeen. Jika cinta begitu menyakitkan, lebih baik sekiranya ia tidak wujud. BAGI Jasmeen, lelaki dan cinta memang tak ada dalam kamus hidupnya. Entah kenapa dia begitu ‘anti’ dengan insan yang bergelar lelaki. Lagi-lagi lelaki spesies mulut manis dan playboy. Memang

Sinopsis Novel Tiada Noktah Cinta

Jika cinta begitu menyakitkan, lebih baik sekiranya ia tidak wujud.

BAGI Jasmeen, lelaki dan cinta memang tak ada dalam kamus hidupnya. Entah kenapa dia begitu ‘anti’ dengan insan yang bergelar lelaki. Lagi-lagi lelaki spesies mulut manis dan playboy. Memang minta simpanglah lelaki jenis mulut terlebih gula muncul dalam hidupnya. Tapi… Tapi… Yang tak nak tulah yang berlaku dalam hidupnya.

Namun laluan jalan cintanya tidak mudah. Dalam merenda cinta, pasti ada dugaan dan halangan. Jasmeen terpaksa berhadapan semua itu setabah mungkin sehingga dia lelah dan ingin melarikan diri sejauh mungkin.

Abang hanya nak mempermainkan perasaan Meen. Abang ingat Meen ini anak patung ke? Dipermainkan dan dibuang sesuka hati? Abang ingat Meen perempuan murah?” – JASMEEN

“Tolong percaya pada abang. Abang ikhlas sayangkan Meen.” - AMSYAR

“Maaflah. Kepercayaan Meen pada abang hanya tinggal di hujung kuku.” – JASMEEN

Amsyar tersepit dengan jasa dan pengorbanan Nenek Timah yang mahukan kebahagiaannya dengan gadis pingitan sebelah rumah. Tapi Amsyar bulatkan hati, demi Jasmeen, dia sanggup buat apa saja. Namun bukan itu jalan takdirnya…

“Doktor kata Aini hanya akan hidup tiga bulan sahaja paling lama.” - AINI

“Ya, Aini. Kau harus segera ke hospital. Kanser kau akan merebak dengan cepat kalau tak berubat.”- AMSYAR

“Kalau abang nak Aini berubat, sanggup ke abang tinggalkan Kak Jasmeen?” – AINI

Walaupun Amsyar menjanjikan segunung harapan, Jasmeen tidak berani mengambil risiko. Dia takut dilukai dan melukakan. Akhirnya Jasmeen nekad, dia tidak akan menoleh ke belakang lagi, biar semuanya tinggal kenangan. Namun siapa dapat menegah hati daripada mengingati dan merindui? Semakin lama rindu itu makin menyeksa.

Apakah Jasmeen akan kembali? Ke pangkuan siapakah dia akan melabuhkan cintanya yang tiada noktah?

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
  • Watak yang berkembang secara semula jadi.
  • Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.

Genre Novel Tiada Noktah Cinta

  • Novel Melayu
  • Romantik Melayu
  • Kekeluargaan

Novel Ini Sesuai Untuk Peminat

  • Peminat novel cinta.
  • Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
  • Pengumpul novel Melayu.

Novel Berkaitan Fatinilam Sari Ahmad

  • Fantasi Cintaku
  • Perempuan Tanpa Dosa
  • Bukan Serapuh Daun Maple