• 9560
1

Fajar Pakeer

Tameng Ghaib Oleh Maria Kajiwa

Regular price
RM 26.00
Sale price
RM 26.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Tameng Ghaib Oleh Maria Kajiwa

Tameng Ghaib karya Maria Kajiwa membawa pembaca mengikuti perjalanan watak-watak yang berdepan pelbagai cabaran kehidupan. Kisah ini berpusat pada Luna. Jelmaan azab dari dunia yang tak berpenghujung,mengundang bayang-bayang yang tak pernah mati. Kehilangan Luna, bagaikan bintang yang padam tanpa isyarat.Namanya pernah bergema di puncak malam, namun kini hilang ditelan kabus misteri. Ada yang cuba

Sinopsis Novel Tameng Ghaib

Jelmaan azab dari dunia yang tak berpenghujung,mengundang bayang-bayang yang tak pernah mati.

Kehilangan Luna, bagaikan bintang yang padam tanpa isyarat.Namanya pernah bergema di puncak malam, namun kini hilang ditelan kabus misteri.

Ada yang cuba menjejakinya, namun terbakar tanpa sempat pulang membawa cerita.

Yazid, seorang wartawan ditugaskan oleh syarikatnya untuk mencari berita mengenai Luna kerana hubungan baik antara dia dengan Luna serta pengurus Luna yang bernama Monica.

“Aku tak mahu mengesahkan Luna di mana tapi kalau engkau betul-betul nak tahu pasal Luna, ikut aku ke sana beberapa hari. Nanti engkau akan faham. Tapi ada syarat-syaratnya.” –  Monica

Atas dasar persahabatan, Monica memberi syarat agar Yazid mengikutnya ke Sumatera untuk menemui Luna. Yazid setuju dan pergi ke sana bersama Monica. Setelah Yazid sampai ke Sumatera dia menemui lebih daripada apa yang dicari. Lalu terbongkar lebih banyak rahsia dan muslihat.

“Aku boleh bunuh kau. Tapi aku mahu kau terseksa hingga nyawa engkau pun merayu minta dicabut.” - Djamari

Apakah yang menyebabkan kehilangan Luna?

Kenapa Monica begitu beria-ia membantunya?

Dapatkah mereka keluar hidup-hidup atau menjadi satu lagi mangsa dalam pergolakan kesumat yang berlanjutan?

Dendam itu seperti asap hitam yang meresap ke dalam liang jiwa, membelit hati dengan bisikan syaitan, dan menanam duri di dasar nurani.

“Mereka mengajar kita kekejaman. Dan hari ini mereka akan menelan semua yang telah mereka berikan.”

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
  • Watak yang berkembang secara semula jadi.
  • Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.

Genre Novel Tameng Ghaib

  • Novel Melayu
  • Romantik Melayu

Novel Ini Sesuai Untuk Peminat

  • Peminat novel cinta.
  • Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
  • Pengumpul novel Melayu.

Novel Berkaitan Maria Kajiwa

  • Sakti Bunian
  • Suara Tengah Malam
  • Bramfield House Rumah Inggeris Bertiang Seri
  • Artifak
  • Kombo Oktober 2016