Al-Hidayah
Tafsir Ayat-Ayat Hukum Jilid 2
- Regular price
- RM 70.00
- Sale price
- RM 70.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Tafsir Ayat-Ayat Hukum Jilid 2
Tafsir Ayat-Ayat Hukum Jilid 2 ialah buku karya Muhammad Ali al-Sabuni yang diterbitkan oleh Al-Hidayah. Buku ini membincangkan hukum-hakam dan panduan ibadah berdasarkan syariat Islam.
Sinopsis Buku Tafsir Ayat-Ayat Hukum Jilid 2
Di antara cara dalam memelihara dan memudahkan pengajaran Al-Quran adalah usaha para ulama, sama ada yang klasik mahupun moden, dalam mentafsirkan Al-Quran dan menjelaskan makna-maknanya yang samar, menerangkan ayat-ayatnya yang muhkam dam mutasyabihat, menyingkapkan rahsia-rahsianya, mendedahkan keajaiban-keajaibannya dan menyimpulkan ayat-ayat hukumnya untuk mengetahui yang halal dan yang haram, memerhatikan perintah dan larangannya serta merangkumkan pelbagai hikmah pensyariatan hukum yang ada di dalamnya.
Ini adalah kitab tafsir Al-Quran yang khusus membahas ayat-ayat yang berkaitan dengan hukum; yang kami beri judul dengan TAFSIR AYAT-AYAT HUKUM DALAM AL-QUR’AN AL-KARIM. Diterjemahkan daripada kitab Rawa’i al-Bayan fi Tafsir Ayat al-Ahkam Min Al-Quran, yang disusun oleh Syeikh Muhammad Ali al-Sabuni, salah seorang pensyarah di jurusan Syariah dan Dirasat Islamiyah di Mekah.
Mengapa Perlu Memiliki Buku Ini?
- Memahami hukum-hakam Islam dengan lebih jelas.
- Menjadi rujukan dalam kehidupan harian.
- Membantu melaksanakan ibadah dengan betul.
- Meningkatkan kefahaman syariat Islam.
Maklumat Buku
- Penulis: Muhammad Ali al-Sabuni
- Penerbit: Al-Hidayah
- ISBN: 9789673682300
- Berat: 0.3 kg
- Saiz: 8 x 10
Sesuai Untuk Pembaca
- Pelajar agama.
- Penuntut ilmu.
- Guru agama.
- Muslim yang ingin mendalami fiqh.