PTS
Tafsir Al-Azhar Tafsir Surah As-Sajdah, Luqman dan Juzuk 21
- Regular price
- RM 25.00
- Sale price
- RM 25.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Tafsir Al-Azhar Tafsir Surah As-Sajdah, Luqman dan Juzuk 21
Tafsir Al-Azhar Tafsir Surah As-Sajdah, Luqman dan Juzuk 21 ialah buku karya Hamka yang diterbitkan oleh PTS. Buku ini membantu pembaca memahami kandungan Al-Quran melalui penerangan, tafsir atau panduan bacaan.
Sinopsis Buku Tafsir Al-Azhar Tafsir Surah As-Sajdah, Luqman dan Juzuk 21
Tafsir AlAzhar adalah hasil karya terbesar ulama agung nusantara, iaitu Profesor Dr. Haji AbdulMalik Karim Amrullah, ataupun lebih dikenali sebagai HAMKA. HAMKA telah menggunakanbeberapa metode dalam penyusunan tafsir ini, antaranya adalah metode tahlili (analisis), tafsir Al-Quran dengan Al-Quran, tafsir AlQuran dengan hadith, tafsir AlQuran dengan pendapat sahabatdan tabi’in, dan tafsir AlQuran dengan tafsir muktabar yang lain. Di samping itu, beliau jugamentafsirkan Al-Quran dengan menggunakan syair, dan menganalisis dengan kemampuan sendiridengan pendekatan meraikan kepelbagaian mazhab.
Tafsir AlAzhar menitikberatkan penjelasan ayatayat AlQuran dengan ungkapan yang teliti,menjelaskan maknamakna yang dimaksudkan dengan bahasa yang indah dan menarik, danmenghubungkan ayat dengan realiti sosiobudaya masyarakat nusantara. Ia turut diperkaya denganpendekatan sejarah, sosiologi, tasawuf, ilmu kalam, sastera, dan psikologi.
Profesor Dr. Haji Abdul Malik Karim Amrullah atau HAMKA lahir di Nagari Sungai Batang,Tanjung Raya, Kabupaten Agam, Sumatera Barat pada 17 Februari 1908. Beliau adalah seorangulama dan sasterawan besar nusantara, khususnya di Indonesia. Beliau menjawat jawatan PresidenMajelis Ulama Indonesia (MUI), sebelum terjun dalam bidang politik. Antara karya beliau yangterbesar adalah Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, Di Bawah Lindungan Kaabah, TasawufModen, Sejarah Umat Islam, dan Tafsir Al-Azhar. Beliau meninggal dunia di Jakarta pada 24 Julai1981 ketika berusia 73 tahun, dan telah dinobatkan sebagai Pahlawan Nasional Indonesia.
Tafsir Surah As-Sajdah, Luqman dan Juzuk 21 adalah sebahagian daripada Tafsir Al-Azhar. Ia adalah hasil karya terbesar ulama agung nusantara iaitu Profesor Dr. Haji Abdul Malik Karim Amrullah ataupun lebih dikenali sebagai HAMKA. HAMKA menggunakan beberapa metode dalam penyusunan tafsir ini antaranya adalah metode tahlili (analisis), tafsir Al-Quran dengan Al-Quran, Tafsir Al-Quran dengan hadith, tafsir Al-Quran dengan pendapat sahabat dan tabi’in, dan tafsir Al-Quran dengan tafsir muktabar yang lain. Di samping itu, beliau juga mentafsirkan Al-Quran dengan menggunakan syair dan menganalisis dengan kemampuan sendiri melalui pendekatan meraikan kepebagaian mazhab.
Tafsir Surah As-Sajdah, Luqman dan Juzuk 21 ini menumpukan kepada perbincangan HAMKA mengenai surah yang terdapat dalam juzuk 21, iaitu Surah Ar-Rum, Luqman, As-Sajdah, dan Al-Ahzab. Kelebihan pentafsiran Al-Quran oleh HAMKA kerana beliau menitikberatkan penjelasan ayat-ayat Al-Quran dengan ungkapan yang teliti, menjelaskan makna-makna yang dimaksudkan dengan bahasa yang indah dan menarik serta menghubungkan ayat dengan realiti sosiobudaya masyarakat nusantara. Ia turut diperkaya dengan pendekatan sejarah, sosiologi, tasawuf, ilmu kalam, sastera dan psikologi.
Mengapa Perlu Memiliki Buku Ini?
- Meningkatkan kefahaman terhadap Al-Quran.
- Membantu penghayatan ayat-ayat suci.
- Sesuai dijadikan rujukan pembelajaran.
- Menggalakkan tadabbur Al-Quran.
Maklumat Buku
- Penulis: Hamka
- Penerbit: PTS
- ISBN: 9789674811532
- Berat: 0.3 kg
Sesuai Untuk Pembaca
- Pelajar.
- Guru.
- Keluarga Islam.
- Pembaca umum.