• 3096
1

Fajar Pakeer

Sudi Kata Sudi

Regular price
RM 26.00
Sale price
RM 26.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sudi Kata Sudi Oleh Adah Hamidah

Sudi Kata Sudi karya Adah Hamidah mengangkat kisah persahabatan yang berkembang menjadi cinta dan menguji hubungan yang telah lama terjalin. Kisah ini berpusat pada Khamsiah. Kerana title sahabat baik itu jugalah dia diminta oleh Mak Cik Khamsiah untuk mencarikan jodoh buat Zulhairi. Bukan kerana dia cintakan Zulhairi, tapi dia tahu Zulhairi cukup tidak suka jika urusan peribadinya dicerobohi. Tapi bila Zulhairi sendiri buka

Sinopsis Novel Sudi Kata Sudi

Suraya punya Zulhairi. Sahabat baiknya sejak kecil. Kerana title sahabat baik itu jugalah dia diminta oleh Mak Cik Khamsiah untuk mencarikan jodoh buat Zulhairi. Suraya bingung. Sungguh dia tak mampu. Bukan kerana dia cintakan Zulhairi, tapi dia tahu Zulhairi cukup tidak suka jika urusan peribadinya dicerobohi. Tapi bila Zulhairi sendiri buka mulut, Suraya terpaksa turun padang, membantu. Namun, urusan mencari jodoh bukanlah mudah dan ternyata dia gagal untuk menolong.

“Mak cik tak nak disebabkan hal-hal kecil macam ni, Su nak tangguhkan rancangan perkahwinan Su dengan Zul.”

Apabila Zulhairi main taktik kotor, Suraya mula menggelupur. Tiba-tiba pula dia menjadi mangsa. Demi Mak Cik Khamsiah yang banyak berjasa, Suraya ikutkan juga rentak Zulhairi. Kemunculan Madihah tepat pada masa. Bersungguh-sungguh Suraya cuba menyatukan Zulhairi dan Madihah demi menyelamatkan diri. Lagi pula, Madihah punya pakej lengkap untuk menjadi calon isteri Zulhairi. Dia pilihan yang tepat!

Dalam diam, Zulhairi juga punya agenda membantu Wafi, memenangi hati Suraya. Seperti Suraya, Zulhairi juga mahu yang terbaik untuk Suraya dan Wafi punya syarat yang cukup untuk itu.

“Sampai bila kau nak harapkan aku aje? Tak mungkin kau nak bergantung pada aku selama-lamanya, kan? Bukan selama-lamanya aku boleh ada di sisi kau.”

Saat Suraya sedar dia mula sukakan Zulhairi lebih daripada seorang kawan, semuanya sudah terlewat. Keputusan takdir menyatakan mereka hanya akan kekal bergelar sahabat. Dan jodoh pula kelihatan seperti mahu menghadiahkan Wafi sebagai teman pengganti. Antara Zulhairi dan Wafi, siapakah jodoh sebenar Suraya? Adakah kawan baik akan kekal sebagai kawan baik? Atau, kawan baik, akan merubah status menjadi suami?

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
  • Watak yang berkembang secara semula jadi.
  • Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.

Genre Novel Sudi Kata Sudi

  • Novel Melayu
  • Romantik Melayu

Novel Ini Sesuai Untuk Peminat

  • Peminat novel cinta.
  • Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
  • Pengumpul novel Melayu.

Novel Berkaitan Adah Hamidah

  • Cinta Dari Istana
  • Biarkan Cinta Hadir
  • Mr. Anonymous
  • Jangan Jatuh Cinta
  • Jauh Dari Cinta