Karyaseni
Suamiku Si Mata Biru Oleh Evelyn Rose
- Regular price
- RM 23.00
- Sale price
- RM 23.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Suamiku Si Mata Biru Oleh Evelyn Rose
Suamiku Si Mata Biru karya Evelyn Rose membawa pembaca menyelami konflik emosi dan percintaan. Kisah ini berpusat pada Kahwin. Sampai bila perkahwinan ini perlu menjadi satu rahsia antara kita? Janganlah Kau biarkan aku jatuh cinta pada manusia yang salah. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui, Ya Allah. Aku serahkan hidup dan matiku di tangan-Mu...” Lalu takdir pun terlukis indah…
Sinopsis Novel Suamiku Si Mata Biru
Sampai bila perkahwinan ini perlu menjadi satu rahsia antara kita?
“Kau tetapkanlah Ya Allah agar hati ini hanya akan mencintai seorang lelaki yang sudah Kau tetapkan untuk menjadi suamiku. Janganlah Kau biarkan aku jatuh cinta pada manusia yang salah. Amin, Ya Rabbalalamin... Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui, Ya Allah. Aku serahkan hidup dan matiku di tangan-Mu...”
Lalu takdir pun terlukis indah…
James Howards. Senyumannya manis, wajahnya kacak dengan anak mata biru muda. Ramah dan selalu tersenyum, bicaranya penuh ilmu.
Suziliana Irina – Gadis Melayu yang cantik dan pintar, sedang melanjutkan pelajaran di peringkat PhD di Newcastle. Orangnya tegas dan hatinya keras. Disangkakan dirinya sapiosexual
tapi saat bertemu James Howards, dia jadi Zulaikha yang terkejarkan Yusuf.
I want this guy.
Itu kata hati Suziliana Irina tatkala dia bertemu James Howards. Tapi mampukah mereka bersatu dengan seribu satu perbezaan di antara mereka ?
“Awak seperti salji yang putih bersih… Dan saya pula debu yang kotor kepada awak.”
- James Howards
“Ya Allah, aku lepaskan dia kerana-Mu…” - Irina
Namun takdir pertemukan mereka lagi saat hatinya mula melupakan. Bukan sekali tetapi tiga kali. Adakah itu petanda daripada Tuhan ? Atau ujian daripada-Nya sekali lagi ?
“ Waktu awal perkenalan kita apa yang saya nampak pada awak hanyalah lelaki Inggeris, agnostik dan British, dan saya pula Asian, Melayu dan Muslim. Saya terlalu fokus pada perbezaan antara kita padahal kita punyai banyak sangat persamaan. Terlalu banyak keindahan yang kita kongsi bersama…” - Irina
“Kita kahwin ? Kahwin rahsia. Ayah saya aje yang tahu nanti.” – Irina
Dek mahu menjaga hati keluarga, mereka kahwin rahsia. Persoalannya, sampai bila perkahwinan itu perlu menjadi rahsia antara mereka ?
Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?
- Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
- Watak yang berkembang secara semula jadi.
- Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.
Genre Novel Suamiku Si Mata Biru
- Novel Melayu
- Romantik Melayu
Novel Ini Sesuai Untuk Peminat
- Peminat novel cinta.
- Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
- Pengumpul novel Melayu.
Novel Berkaitan Evelyn Rose
- The Wedding Breaker
- Untukmu Cinta
- 13 Jam A380