Karya Bestari
Saya Bukan Ustaz, Tapi Baru Nak Start
- Regular price
- RM 26.00
- Sale price
- RM 26.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Saya Bukan Ustaz, Tapi Baru Nak Start
Saya Bukan Ustaz, Tapi Baru Nak Start ialah buku karya Syamsul Debat yang diterbitkan oleh Karya Bestari. Buku ini membincangkan panduan rumah tangga dan hubungan suami isteri.
Sinopsis Buku Saya Bukan Ustaz, Tapi Baru Nak Start
Teruskan berkata baik, berbuat baik dan menjadi orang yang baik. Supaya mati nanti, orang akan sebut yang baik-baik sahaja tentang kita.
Dakwah adalah jalan hidup seorang muslim. Apa jua pekerjaan, apa jua jawatan, tugas dalam berdakwah tidak boleh ditinggalkan.
Penerbitan buku SAYA BUKAN USTAZ, TAPI BARU NAK START adalah salah satu langkah dalam menyampaikan dakwah kepada masyarakat umum di luar.
Buku ini merupakan kompilasi ceramah Ustaz Syamsul Debat di dalam Televisyen, Youtube dan juga CD. Sepertimana gayanya menyampaikan dakwah di hadapan khalayak, begitu jugalah gaya penulisannya di dalam buku. Santai, mudah difahami dan mempunyai unsur-unsur humor. Walaupun begitu, ia sarat dengan nasihat dan pengajaran.
Antara isu utama yang di dikupas adalah isu kekeluargaan, perkahwinan, gaya hidup serta pekerjaan.
Walaupun buku ini hanyalah sekadar buku motivasi agama yang mana hanya menyampaikan Ilmu-ilmu yang ‘basic’, apa yang lebih penting masyarakat diluar mudah untuk mereka hadam dan secara tidak langsung ia menanam minat dan melorongkan mereka kepada kebaikan.
Mengapa Perlu Memiliki Buku Ini?
- Membantu memahami tanggungjawab suami dan isteri.
- Memberikan panduan membina rumah tangga harmoni.
- Mengandungi nasihat yang bermanfaat.
- Sesuai dijadikan rujukan kekeluargaan.
Maklumat Buku
- Penulis: Syamsul Debat
- Penerbit: Karya Bestari
- Berat: 0.3 kg
Sesuai Untuk Pembaca
- Pasangan suami isteri.
- Bakal pengantin.
- Kaunselor keluarga.
- Pembaca yang berminat dengan kekeluargaan.