• 9150
  • 9151
1

Fajar Pakeer

Sakti Bunian

Regular price
RM 25.00
Sale price
RM 25.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sakti Bunian Oleh Maria Kajiwa

Sakti Bunian karya Maria Kajiwa mengetengahkan watak yang sanggup melindungi insan yang disayangi dalam pelbagai situasi dan cabaran. Kisah ini berpusat pada Tahun. Sebutir geliga bunian menjadi paksi kekuatan kerajaan bunian lautan sejak ratusan tahun. Mengikut cerita ayah aku, pulau tu memang ada bunian. Hantu pun ada.”- ZAHID Pada tahun 1801 Masihi, dua orang pemuda, terpaksa berlindung di sebuah pulau yang dikatakan

Sinopsis Novel Sakti Bunian

Sebutir geliga bunian menjadi paksi kekuatan kerajaan bunian lautan sejak ratusan tahun.

Mengikut cerita ayah aku, pulau tu memang ada bunian. Hantu pun ada.”- ZAHID

Pada tahun 1801 Masihi, dua orang pemuda, terpaksa berlindung di sebuah pulau yang dikatakan berpuaka. Demi menyelamatkan nyawa adiknya, Damak terpaksa mencari air sehingga tersesat di dalam hutan tebal. Dia kemudiannya diselamatkan oleh seorang puteri bunian dan dibawa ke perkampungan mereka. Sejak itu termerailah janji antara mereka untuk bersaudara dan saling menjaga diikat dengan geliga tersebut.

Tahun 2022, empat orang dihantar ke pulau yang sama. Farid, Pak Derih, Nurain dan Elly diarahkan membawa keluar sebutir geliga dari sebuah kolam bunian dalam tempoh tiga hari.

Pelbagai kejadian berlaku. Elly hilang. Nurain pengsan. Farid entah ke mana dan Pak Derih tersesat. Mereka berpecah arah dan berusaha menyelamatkan nyawa masing-masing.

“Aku bertempik. Dia pun terbang ke puncak pokok.”-Nurain
“Benda-benda macam ni ada khadam dia. Ada penjaga dia. Ada pemilik dia. Kalau lepas tiga perkara tu, lepaslah. Kalau tak, memang takkan dapat.”- PAK DERIH

“Mari. Mari ikut nenek. Nanti benda putih tu datang sini, nenek tak boleh tolong. Ini tempat dia.”-NEN TEPAH

Apakah kesudahan nasib mereka berempat? Dapatkah batu geliga itu dibawa keluar seperti yang diarahkan? Mampukah mereka berempat keluar dari pulau itu hidup-hidup?

“Sudah beratus tahun, tiada manusia yang sampai ke sini.”-NANG NURBAYA.

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
  • Watak yang berkembang secara semula jadi.
  • Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.

Genre Novel Sakti Bunian

  • Novel Melayu
  • Romantik Melayu
  • Seram
  • Kekeluargaan

Novel Ini Sesuai Untuk Peminat

  • Peminat novel cinta.
  • Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
  • Pengumpul novel Melayu.

Novel Berkaitan Maria Kajiwa

  • Suara Tengah Malam
  • Bramfield House Rumah Inggeris Bertiang Seri
  • Artifak
  • Kombo Oktober 2016
  • Tameng Ghaib Maria Kajiwa Terbitan Mei 2025