Buku Prima
Resah Kasih Oleh Eina Afrina
- Regular price
- RM 19.90
- Sale price
- RM 19.90
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Resah Kasih Oleh Eina Afrina
Resah Kasih karya Eina Afrina membawa pembaca menyelami kisah cinta yang diberi peluang kedua. Kisah ini berpusat pada Firda. Firda seorang gadis ceria yang dilahirkan dalam keluarga yang serba mewah. Dalam diam, dia terpaut hati pada Zarez yang berkerja di syarikat keluarganya. Kemelut cinta bermula bila mengetahui Lisa juga mencintai lelaki yang sama. Hakikat itu membuat Firda
Sinopsis Novel Resah Kasih
Firda seorang gadis ceria yang dilahirkan dalam keluarga yang serba mewah. Dalam diam, dia terpaut hati pada Zarez yang berkerja di syarikat keluarganya. Kemelut cinta bermula bila mengetahui Lisa juga mencintai lelaki yang sama. Hakikat itu membuat Firda dalam dilema kerana Lisa adalah kakaknya. Lisa berusaha memiliki Zarez membuatkan Firda sentiasa memendam rasa. Hingga akhirnya kasih yang disulam terkubur kerana satu peristiwa. Sebagai wanita bermaruah, Firda nekad menamatkan segala impian. Dia lebih rela rindu itu berlalu pergi. Bertahun berpisah dan akhirnya mereka bertemu kembali. Dalam diam kasih mereka tidak pernah mati. Zarez kembali menagih janji yang pernah mereka lafazkan empat tahun dulu. Sayangnya, luka di hati masih terasa pedihnya. Walau sehebat mana pun lelaki yang datang, pintu hatinya tetap tertutup rapat untuk menerima cinta yang baru. Di saat-saat cinta kembali bertaut, hubungan mereka sekali lagi mendapat halangan. Sedangkan cinta di hati Firda hanya untuk Zarez seorang. Demi cinta Firda rela terluka.
Demi kasih Firda terus menunggu. Akhirnya kekuatan cinta telah menyatukan mereka dalam ijab dan kabul. Lantas, bahagiakah mereka melayari bahtera perkahwinan?
Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?
- Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
- Watak yang berkembang secara semula jadi.
- Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.
Genre Novel Resah Kasih
- Novel Melayu
- Romantik Melayu
Novel Ini Sesuai Untuk Peminat
- Peminat novel cinta.
- Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
- Pengumpul novel Melayu.
Novel Berkaitan Eina Afrina
- Pemilik Hati Paling Chill
- Diari Cintaku
- Tuk! Tuk! Tuk! Housekeeping!
- Sempurnakan Aku
- Dia Hero Hatiku