Karya Bestari
Rawatlah Hati
- Regular price
- RM 19.90
- Sale price
- RM 19.90
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Rawatlah Hati
Rawatlah Hati ialah buku karya Dr. Rubiah K. Hamzah yang diterbitkan oleh Karya Bestari. Buku ini membantu pembaca memahami asas akidah dan tauhid yang menjadi teras keimanan seorang Muslim.
Sinopsis Buku Rawatlah Hati
LIKU-LIKU hidup ini tidak cukup indah tanpa melalui sedikit pengalaman getir kerana ia adalah guru terbaik yang mengajar kita nikmat kehidupan. Elakkan luka semalam kekal memenjara hati kerana ini bermakna kita menjadikan ia pemusnah kebahagiaan sedangkan ALLAH itu amat luas rahmat-NYA.
Hati itu adalah raja kepada anggota tubuh. Jagalah, usah dikotori kerana jika daging yang satu itu rosak, maka rosaklah seluruh amalannya. Bersihkan hati dengan meyakini bahawa ALLAH adalah pembekal kasih sayang, bantuan, kebaikan dan kebahagiaan, Yakinlah bahawa setiap sakit ada ubatnya, carilah... agar kehidupan menjadi lebih bermakna.
Moga setiap luka ditemui penawarnya di baris-baris yang khusus ditulis untuk anda. Mudah-mudahan RAWATLAH HATI mampu dijadikan ambulans kecemasan sementara menanti bantuan yang lebih besar daripada-NYA, yang Maha Pengasih dan Maha Mengetahui.
Rawatlah Hati mengadun variasi rasa pedas, manis, masam, masin dan pahit:
Meraih cinta anak pada orang tua
Membina semula cinta yang pudar
Memupuk keintiman dengan ILAHI
Mengukuh keyakinan dan ketakwaan
Memerdekakan belenggu di dalam diri
Menangani emosi dan tekanan perasaan
Mencari rangkulan kudus yang Maha Esa
Membuang rasa ego, takbur dan penyakit hati Memaafkan dan mengusir dendam kesumat Menjadi insan sukses; bebas luka, bebas derita.
Mengapa Perlu Memiliki Buku Ini?
- Memahami asas akidah Islam dengan lebih jelas.
- Menjelaskan perkara berkaitan tauhid dan rukun iman.
- Membantu memperkukuhkan keyakinan terhadap ajaran Islam.
- Sesuai dijadikan bahan rujukan pembelajaran agama.
Maklumat Buku
- Penulis: Dr. Rubiah K. Hamzah
- Penerbit: Karya Bestari
- ISBN: 9789678603560
- Berat: 0.3 kg
Sesuai Untuk Pembaca
- Pelajar sekolah agama dan pondok.
- Penuntut ilmu agama.
- Guru dan pendakwah.
- Muslim yang ingin memperkukuhkan akidah.