• 9116
1

Al-Hidayah

Rahsia Doa & Zikir

Regular price
RM 11.00
Sale price
RM 11.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Rahsia Doa & Zikir

Rahsia Doa & Zikir ialah buku karya Abu Mazaayaa Al-Hafiz yang diterbitkan oleh Al-Hidayah. Buku ini menghimpunkan amalan doa dan zikir yang boleh diamalkan dalam kehidupan harian.

Sinopsis Buku Rahsia Doa & Zikir

Berdo’a adalah menghadapkan diri kepada Allah bagi mengadukan sesuatu masalah dan memohon agar Dia menyelesaikan persoalan tersebut. Memandangkan demikian pentingnya, agar matlamat dan maksud berdo’ a diperkenankan, sudah tentu is mesti dilakukan dengan tatacara yang baik, rendah diri, yakin dan penuh harapan. Manakala berzikir pula adalah mengingati Allah sama ada menerusi lisan, anggota badan ataupun dengan hati.

Berzikir mempunyai manfa’ at yang banyak. Di antaranya adalah sebagai perisai daripada tipu daya dan kejahatan syaitan yang direjam. Memandangkan betapa pentingnya amalan berdo’ a dan berzikir di dalam kehidupan seseorang muslim, maka buku ini akan cuba membantu mereka bagaimanakah cara¬cara atau adab-adab yang perlu mereka ketahui agar do’a mereka segera diperkenankan oleh Allah dan juga zikir yang dilakukan itu betul-betul menepati sepertimana yang diperintahkan.

Mengapa Perlu Memiliki Buku Ini?

  • Menggalakkan amalan doa dan zikir.
  • Membantu meningkatkan hubungan dengan Allah.
  • Sesuai diamalkan setiap hari.
  • Menjadi panduan rohani yang bermanfaat.

Maklumat Buku

  • Penulis: Abu Mazaayaa Al-Hafiz
  • Penerbit: Al-Hidayah
  • ISBN: 9789830996523
  • Berat: 0.3 kg
  • Saiz: 6 x 8

Sesuai Untuk Pembaca

  • Pembaca umum.
  • Keluarga Islam.
  • Remaja dan dewasa.
  • Pencinta bahan motivasi Islam.