Al-Hidayah
Puteri Para Sahabat Rasulullah
- Regular price
- RM 50.00
- Sale price
- RM 50.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Puteri Para Sahabat Rasulullah
Puteri Para Sahabat Rasulullah ialah buku karya Ahmad Khalil Jama’ah yang diterbitkan oleh Al-Hidayah. Buku ini membawa pembaca memahami sejarah dan perjalanan tokoh-tokoh Islam.
Sinopsis Buku Puteri Para Sahabat Rasulullah
Setiap orang punya idolanya sendiri. Dalam menjadikan satu personaliti itu untuk ikutan atau idola amat dipengaruhi oleh populariti dan kekuatan yang ada pada personaliti itu tersebut. Ramai dikalangan pemimpin, artis, ahli sukan dan nama besar lain dijadikan idola atau kebanggaan setiap individu masa kini. Namun mereka ini kadang-kadang daripada segi keperibadian atau moralnya tidak sesuai untuk dicontohi.
Dalam sejarah dan tamadun Islam telah melahirkan ramai nama-nama besar dan terkenal bukan sahaja daripada segi populariti malah kekuatan peribadi yang terbaik yang boleh kita jadikan contoh atau ikutan. Tetapi jarang kita dengar atau baca tentang kisah puteri-puteri para sahabat. Mereka ini juga tidak kurang hebat sumbangannya terhadap agama Islam. Kehebatan, kegagahan dan kegigihan mereka boleh menjadi inspirasi untuk golongan muda masa kini.
Selain itu, kisah tentang mereka mampu memartabatkan lagi kaum Hawa dalam agama Islam serta di mata masyarakat umum seluruhnya. Islam telah meletakkan martabat kaum Hawa ini di tempat yang amat tinggi dan mulia. Ini telah dibuktikan dalam Al-Quran dan sejarah Islam itu sendiri.
Mengapa Perlu Memiliki Buku Ini?
- Menambah pengetahuan sejarah Islam.
- Mengambil pengajaran daripada kehidupan tokoh Islam.
- Meningkatkan kecintaan terhadap agama.
- Sesuai dijadikan bahan rujukan.
Maklumat Buku
- Penulis: Ahmad Khalil Jama’ah
- Penerbit: Al-Hidayah
- ISBN: 9789675274497
- Berat: 0.3 kg
- Saiz: 8 x 10
Sesuai Untuk Pembaca
- Pelajar.
- Guru.
- Peminat sejarah Islam.
- Pembaca umum.