• 7453
1

KarnaDya

Pernah Dia Bahagia Oleh Wan Nur Najihah

Regular price
RM 26.00
Sale price
RM 26.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Pernah Dia Bahagia Oleh Wan Nur Najihah

Pernah Dia Bahagia karya Wan Nur Najihah membawa pembaca menyelami konflik perasaan apabila hati terpaksa membuat pilihan antara lebih daripada seorang insan. Kisah ini berpusat pada Raff. Julia dan Raffi, pasangan merpati dua sejoli yang menunggu detik untuk disatukan. Tiba majlis yang ditunggu, Raffi membuat kejutan supaya majlis dibatalkan. Julia merana, tertipu dengan pilihan hatinya. Raffi tiba-tiba muncul menagih kembali cinta dan

Sinopsis Novel Pernah Dia Bahagia

Cerita tujuh tahun lepas...
Julia dan Raffi, pasangan merpati dua sejoli yang menunggu detik untuk disatukan. Tiba majlis yang ditunggu, Raffi membuat kejutan supaya majlis dibatalkan. Julia merana, tertipu dengan pilihan hatinya.

Cerita sekarang...
Raffi tiba-tiba muncul menagih kembali cinta dan kemaafan daripada Julia.

“Jue, sepanjang kita bersama kita bahagia. Sekali pun saya tak pernah sakitkan hati awak. Hanya sekali itu je silap saya.” – RAFFI
“Yang sekali itulah yang paling saya tak boleh lupakan.” – JULIA

Permintaan Raffi supaya diberi peluang kedua tidak dihiraukan. Julia lebih rela pegang gelaran Andartu. Tapi mak su pula bising suruh dia kahwin. Elok waktu itu muncul Aidan sebagai pesaing Raffi. Tidak cukup itu Julia menerima gambar lukisan dirinya daripada pelukis misteri. Julia pening!

Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba Julia setuju berkahwin dengan Raffi. Bagi Raffi itu satu keajaiban. Bagi Julia, dia ada agendanya yang tersendiri.

“Rasa tak percaya ada orang boleh bercerai secara baik. Saya tertanya-tanya apa penyebab awak bercerai dulu.” – JULIA

Kepayahan Raffi menceritakan kisah lama buatkan Julia rasa tertipu. Ditambah lagi kakak iparnya yang menjadi batu api. Julia tertekan!

“Abang mengaku pernah untuk mencintai Wana bila kami hidup bersama dulu. Abang seolah-olah dah pasrah dengan apa yang jadi.” – RAFFI

Dan bila pengakuan itu keluar dari mulut Raffi hati Julia hancur. Kata Raffi, sekali pun dia tidak pernah dilupakan. Tapi kenyataannya?

“Kalau Raff tak nak kembali pada Wana, Raff keluar dari rumah ni. Tapi ingat, selangkah Raff keluar, hubungan kita adik beradik putus. Sampai mati Kak Ra tak akan mengaku Raff adik akak.” – KAK RA

Tegarkah Julia melihat hubungan antara Kak Ra dan Raffi putus disebabkan dirinya? Sanggupkah Julia berundur, sedangkan rasa cinta pada Raffi mula wujud? Antara cinta dan keluarga, mana yang akan menjadi pilihan Raffi? Mampukah mahligai tanpa cinta ini bertahan?

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
  • Watak yang berkembang secara semula jadi.
  • Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.

Genre Novel Pernah Dia Bahagia

  • Novel Melayu
  • Romantik Melayu

Novel Ini Sesuai Untuk Peminat

  • Peminat novel cinta.
  • Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
  • Pengumpul novel Melayu.

Novel Berkaitan Wan Nur Najihah

  • Bila Hati Memilih Dia
  • Kerana Dia Manusia Biasa
  • Dia Janjikan Setia
  • Jadi Milik Dia
  • Dia Sebenarnya Cinta