• 8062
1

Al-Hidayah

Perhubungan Awam Ala Nabi Muhammad SAW

Regular price
RM 15.00
Sale price
RM 15.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Perhubungan Awam Ala Nabi Muhammad SAW

Perhubungan Awam Ala Nabi Muhammad SAW ialah buku karya Iqra Al-Firdaus yang diterbitkan oleh Al-Hidayah. Buku ini memberi inspirasi dan motivasi untuk membantu pembaca meningkatkan potensi diri dan mencapai matlamat kehidupan.

Sinopsis Buku Perhubungan Awam Ala Nabi Muhammad SAW

Perhubungan awam adalah perkara yang subjektif yang boleh juga didefinisikan sebagai komunikasi dan interaksi daripada satu pihak kepada pihak yang lain untuk mencapai tahap perkhidmatan dan martabat diri yang terbaik. Demi mendapat kerjasama, nama baik, kepercayaan serta perhargaan daripada orang awam. Perhubungan awam ini amat diperlukan oleh individu mahupun sesebuah syarikat, organisasi dan masyarakat.

Buku ini menghuraikan berkenaan perhubungan awam berdasarkan apa yang telah diinspirasikan oleh Rasulullah s.a.w. sepanjang kehidupan baginda. Nabi s.a.w. telah memberikan contoh terbaik untuk diikuti dalam setiap urusan sama ada urusan dunia mahupun akhirat. Idea-idea yang diterjemahkan oleh penulis buku ini memberikan kita pencerahan ilmu yang menarik dan berharga untuk semua lapisan masyarakat.

Semoga dengan perkongsian ini dapat dimanfaatkan ilmunya untuk meneruskan contoh-contoh terbaik yang telah ditunjukkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Seterusnya menaikkan lagi martabat serta kualiti diri hasil daripada duplikasi Perhubungan Awam ala Nabi Muhammad s.a.w. untuk meraih kejayaan dunia dan akhirat.

Mengapa Perlu Memiliki Buku Ini?

  • Memberikan inspirasi positif.
  • Meningkatkan motivasi diri.
  • Menggalakkan pembangunan peribadi.
  • Membantu menghadapi cabaran kehidupan.

Maklumat Buku

  • Penulis: Iqra Al-Firdaus
  • Penerbit: Al-Hidayah
  • ISBN: 9789674390754
  • Berat: 0.3 kg

Sesuai Untuk Pembaca

  • Remaja.
  • Dewasa.
  • Pekerja.
  • Pembaca yang mencari motivasi.