• 7091
1

Al-Hidayah

Panduan Mencari Jodoh

Regular price
RM 9.00
Sale price
RM 9.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Panduan Mencari Jodoh

Panduan Mencari Jodoh ialah buku karya Dr. Kamil Musa yang diterbitkan oleh Al-Hidayah. Buku ini membincangkan panduan rumah tangga dan hubungan suami isteri.

Sinopsis Buku Panduan Mencari Jodoh

Memang benar jodoh pertemuan, rezeki dan ajal maut sudah ditetapkan oleh Allah S.W.T. Namun begitu, ini tidak bermakna kita hanya perlu berpeluk tubuh menunggu jodoh, rezeki dan maut masing-masing. Kita sebaliknya disuruh berusaha, berdoa dan bertawakkal kepada Allah untuk mendapatkan apa yang kita hajati di dunia ini.

Perkahwinan adalah sunnah Rasulullah S.A.W. Ia menjamin kesucian dan kesinambungan keturunan manusia mengikut landasan yang betul. Malangnya, tidak semua perkahwinan berkesudahan dengan kebahagiaan, banyak yang terkandas di tengah perjalanan. Penceraian berlaku tanpa mengira usia dan latar belakang sosio-ekonomi dan agama. Antara alasan yang sering kita dengar ialah pasangan tidak sesuai, tidak sekufu atau tidak cocok.

Buku "PANDUAN MENCARI JODOH" ini cuba memberi bimbingan dan garis panduan bagi mereka yang ingin mencari jodoh mengikut lunas-lunas Islam. Dengan harapan, akan terbinanya keluarga Islam yang bahagia di dunia dan akhirat.

Buku ini bukan sahaja boleh menjadi panduan teruna dan dara yang sedang mencari bakal pasangan hidup mereka, bahkan ia juga perlu dihayati oleh para ibubapa yang ingin memilih pasangan hidup anak-anak.

Mengapa Perlu Memiliki Buku Ini?

  • Membantu memahami tanggungjawab suami dan isteri.
  • Memberikan panduan membina rumah tangga harmoni.
  • Mengandungi nasihat yang bermanfaat.
  • Sesuai dijadikan rujukan kekeluargaan.

Maklumat Buku

  • Penulis: Dr. Kamil Musa
  • Penerbit: Al-Hidayah
  • ISBN: 9789675274527
  • Berat: 0.3 kg

Sesuai Untuk Pembaca

  • Pasangan suami isteri.
  • Bakal pengantin.
  • Kaunselor keluarga.
  • Pembaca yang berminat dengan kekeluargaan.