• 6498
1

Karyaseni

Nur Oleh Rose Harissa

Regular price
RM 34.00
Sale price
RM 34.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Nur Oleh Rose Harissa

Nur karya Rose Harissa membawa pembaca menyelami konflik emosi dan percintaan. Kisah ini berpusat pada Bagai. Nama itu tidak secerah takdir hidupnya. Dibayangi gelaran tunasusila, Nur berusaha keras untuk keluar dari lorong gelap yang seakan mahu menjebaknya hingga ke akhir hayat. Namun, hidayah Allah membisikkan hatinya agar terus berkunjung ke rumah suci Allah.

Sinopsis Novel Nur

NUR. Nama itu tidak secerah takdir hidupnya. Dibayangi gelaran tunasusila, Nur berusaha keras untuk keluar dari lorong gelap yang seakan mahu menjebaknya hingga ke akhir hayat. Namun, hidayah Allah membisikkan hatinya agar terus berkunjung ke rumah suci Allah.

Dilempar terompah oleh ahli masjid tidak pernah memadamkan nyaalan hatinya yang tetap mahu mengenali dan mencintai Allah. Bagai disirami air dingin hatinya tatkala mendengar suara indah yang menyampaikan kuliah pada satu subuh yang mendamaikan itu.

ADAM, seorang anak kepada seorang penceramah terkenal, ditambah pula gelaran lulusan usuluddin dari Jordan membuatkan beliau dilihat sebagai seorang yang mulia dan mempunyai darjat yang tinggi di sisi masyarakat.

Ketampanannya menyerlahkan lagi nilai tambahnya sebagai seorang pendakwah yang dikatakan akan menggantikan tempat ayahnya. Permulaan beliau mengendalikan kuliah subuh di masjid milik ayahnya menemukan beliau dengan ujian yang terbesar dalam hidupnya…

“Saya dah faham sangat dah, pandangan orang-orang macam ustaz ni terhadap orang-orang macam saya ni. Saya ni tak layak nak sembah Allah... Tak layak nak jejakkan kaki ke masjid... Apatah lagi nak tanya soalan-soalan agama. Kan?” – NUR

“Nur, berbanding seorang abid yang duduk beribadat, sebenarnya, Allah lebih suka mendengar rintihan hamba-Nya yang berdosa. Sebab tu, kadang-kadang Allah datangkan ujian silih berganti kepada hamba-Nya yang terpilih supaya si hamba merintih kepada-Nya.” - ADAM

“Dia istimewa…”

Gumaman yang terkeluar dari mulut Adam itu mula menggoyahkan hati. Memilih Nur ibarat mempertaruhkan syurga dan nerakanya kerana Qhadeeja ialah pilihan utama keluarga Adam. Qhadeeja, gadis suci yang lahir dari keturunan yang baik-baik, yang dapat membantu melebarkan sayap dakwah Darul Mukhsin.

Sementara Nur sendiri tahu, dia lahir dari rahim seorang wanita yang dianggap daki masyarakat. Dia rela jika Adam pergi dan melupakannya, namun bagaimana untuk dia terus menghampiri cinta Tuhan kerana hanya pria itu satu-satunya agamawan yang sudi menghulurkan salam dakwah?

Mampukah Adam menolak Qhadeeja yang natijahnya menggoyahkan dakwah di Darul Mukhsin?
Atau menjauhi Nur; seorang perempuan yang sedang terkapai-kapai kelemasan dalam mengerti hidayah Tuhan namun terlalu mampu buat Adam mengerti apa itu cinta?

Adakah Islam hanya eksklusif untuk orang-orang alim?
Adakah sinar harapan untuk mereka hidup bersama?
Adakah Islam tidak layak untuk pendosa seperti Nur?

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
  • Watak yang berkembang secara semula jadi.
  • Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.

Genre Novel Nur

  • Novel Melayu
  • Romantik Melayu
  • Kekeluargaan

Novel Ini Sesuai Untuk Peminat

  • Peminat novel cinta.
  • Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
  • Pengumpul novel Melayu.

Novel Berkaitan Rose Harissa

  • Raid Arjuna
  • Saranghaeyo Arumi
  • Saranghaeyo, Arumi! (Arumi Kekasihku!)
  • Serigala Metropolis
  • BLACK GHOST UmarAlhaidar