• 8167
1

Fajar Pakeer

Naluri Oleh Iman Xara

Regular price
RM 23.00
Sale price
RM 23.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Naluri Oleh Iman Xara

Naluri karya Iman Xara menampilkan kisah perjodohan yang diatur keluarga serta cabaran yang muncul selepas penyatuan tersebut. Kisah ini berpusat pada Liza. kenapa kebencian yang menjadi dalangnya? kenapa kegelapan menyelubungi hidupnya? Eliza rasa putaran kisahnya memang sudah dicorak penuh hitam tanpa putih, dia terdera fizikal dan mental. Ingin saja dia lenyap dari dunia ini, berlari tanpa berhenti kerana

Sinopsis Novel Naluri

Kasih sayang yang didambakan... kenapa kebencian yang menjadi dalangnya?
Cahaya yang diharapkan... kenapa kegelapan menyelubungi hidupnya?

Eliza rasa putaran kisahnya memang sudah dicorak penuh hitam tanpa putih, dia terdera fizikal dan mental. Ingin saja dia lenyap dari dunia ini, berlari tanpa berhenti kerana setiap perhentian penuh duri yang membunuh. Namun, mustahil kerana hamparan duka ada di mana-mana. Apatah lagi wanita itulah yang menjaga dirinya selama ini.

Siapa sangka, akhirnya keberanian itu muncul juga apabila dia mahu dijodohkan dengan seorang lelaki seusia arwah datuknya. Eliza nekad meninggalkan kehidupannya yang penuh penyeksaan.

Kehidupannya berubah 180 darjah selepas hari itu. Hanya kerana wajahnya dikatakan seiras dengan seorang gadis bernama Aliya, dia dipergunakan untuk menggantikan tempat gadis itu. Sejuta penipuan mula dilakukan, namun kenapa keraguan menghantui setiap gerak gerinya, lebih-lebih lagi pertemuan singkat dengan Khairil membuat Eliza dalam dilema.

Macam mana awak boleh sampai di sini?” – KHAIRIL

“Saya... saya...” – ELIZA

“Liza... awak okey ke ni?” – KHAIRIL

“Saya sebenarnya dah buat salah, Khairil.” - ELIZA

Terus kekal menjadi gadis pemberontak seperti Aliya atau kembali menjadi gadis malang bernama Eliza? Mampukah dia bertahan dengan pembohongan ini? Selamatkah dia atau sebaliknya?

Semua ada prosesnya. Semua ada waktunya... untuk mengejar rasa bahagia yang diinginkan.

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
  • Watak yang berkembang secara semula jadi.
  • Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.

Genre Novel Naluri

  • Novel Melayu
  • Romantik Melayu

Novel Ini Sesuai Untuk Peminat

  • Peminat novel cinta.
  • Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
  • Pengumpul novel Melayu.

Novel Berkaitan Iman Xara

  • Kau Curi Hatiku
  • Seadanya Kamu
  • Sijil Layak Berteman
  • Tanya Pada Hati
  • Tertulis Di Hati