Alaf 21
My Secret Husband Oleh Siti Nur Dhuha
- Regular price
- RM 28.00
- Sale price
- RM 28.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
My Secret Husband Oleh Siti Nur Dhuha
My Secret Husband karya Siti Nur Dhuha mengetengahkan konflik keluarga yang memberi kesan besar kepada kehidupan watak. Kisah ini berpusat pada Jika Ryan. ATAS dasar simpati, Aifa Asyikin sanggup berkahwin dengan Ryan Danish walaupun penampilan Ryan sangat ‘klasik’. Disebabkan itu, Aifa terpaksa menyembunyikan status perkahwinannya dari pengetahuan orang. Jika Ryan mahu diiktiraf sebagai suaminya, dia harus
Sinopsis Novel My Secret Husband
ATAS dasar simpati, Aifa Asyikin sanggup berkahwin dengan Ryan Danish walaupun penampilan Ryan sangat ‘klasik’. Disebabkan itu, Aifa terpaksa menyembunyikan status perkahwinannya dari pengetahuan orang.
Aifa memberi syarat kepada Ryan. Jika Ryan mahu diiktiraf sebagai suaminya, dia harus membuat perubahan ke atas dirinya yang tidak ubah seperti ketua pengemis itu. Namun tidak semudah itu untuk Ryan mengubah cara kehidupannya. Dia selesa dengan gaya ‘purbakala’nya itu.
Dalam melayari bahtera perkahwinan bersama suami rahsianya itu, Aifa saban hari pening kepala melayani setiap sikap aneh dan ‘jakun’ Ryan. Dia hanya mahu makan roti sahaja dan mempunyai tabiat mengikat straw pada rambutnya. Malah, Ryan lebih selesa tidur di bawah katil sedangkan isterinya tidur di atas katil.
Namun Aifa langsung tidak menyangka bahawa suami misterinya itu adalah pewaris harta pusaka ayahnya, Zaid yang berjuta ringgit. Datin Syerina, peguam ayahnya itu telah pecah amanah dan menukar segala harta milik Zaid kepada namanya. Sampai sanggup mengkurung Ryan di bilik rahsia bawah tanah hingga 23 tahun. Begitu kejam tindakan Datin Syerina.
Dapatkah Ryan merampas kembali harta milik Zaid kembali? Bagaimana pula dengan Datin Syerina, dapatkah dia mempertahankannya? Apa pula tindakan Aifa setelah mengetahui suaminya itu seorang jutawan.
Semuanya akan terjawab dalam novel ini.
Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?
- Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
- Watak yang berkembang secara semula jadi.
- Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.
Genre Novel My Secret Husband
- Novel Melayu
- Romantik Melayu
Novel Ini Sesuai Untuk Peminat
- Peminat novel cinta.
- Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
- Pengumpul novel Melayu.
Novel Berkaitan Siti Nur Dhuha
- Miss Pisau Cukur
- Cinta Tak Sengaja
- Hingga Ke Akhirnya
- My Love Is Playgirl
- Isteriku 120 Kg