• 8352
1

Suara Hati Publication

My Dear Nani! Oleh Nia Adahays

Regular price
RM 24.00
Sale price
RM 24.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

My Dear Nani! Oleh Nia Adahays

My Dear Nani! karya Nia Adahays mengisahkan hubungan yang bermula dengan ikatan pertunangan dan pelbagai cabaran yang menguji hati. Kisah ini berpusat pada Kasyifah Ul Hanani. Kasyifah Ul Hanani – Gadis biasa yang berpandangan luar biasa. Katanya kalau tak perigi cari timba, mana nak dapat airnya dan siapa sangka bahawa keputusannya mengundang sakit di hati setelah ‘timba’ yang dikejar pergi meninggalkannya. Kerana amanah, Hanani

Sinopsis Novel My Dear Nani!

Kasyifah Ul Hanani – Gadis biasa yang berpandangan luar biasa. Katanya kalau tak perigi cari timba, mana nak dapat airnya dan siapa sangka bahawa keputusannya mengundang sakit di hati setelah ‘timba’ yang dikejar pergi meninggalkannya.

“Kau ikhlas tak terima Jad?- Huril

“Aku ikhlas tapi aku tak cintakan dia...”-Hanani

Kerana terpaksa, Hanani relakan. Kerana amanah, Hanani turutkan untuk berkahwin dengan kawan baik sendiri walaupun hatinya sudah dikunci dan dimangga bagai. Namun, saat hati ingin menerima encik tunang, munculnya seseorang yang bisa menggoyahkan pendirian dan keputusannya.

“Kalau saya terpeluk awak tadi memang kena kahwin dah kita ni.” - Ziyadh

“Gila ke apa nak kahwin sebab terpeluk.”- Hanani

“Habis tu, kalau sengaja peluk bolehlah, kan?”- Ziyadh

Lelaki yang muncul itu? Mula-mula Hanani teruja. Namun kemudian, merimaskannya pula. Makin dielak, makin kuat pula jodoh mereka. Tak sayang. Tak cinta. Tapi, akhirnya Hanani bersetuju untuk berkahwin dengan lelaki itu. Hanya ada satu sebab. Semuanya kerana ada ‘dia’ dalam lelaki itu.

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
  • Watak yang berkembang secara semula jadi.
  • Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.

Genre Novel My Dear Nani!

  • Novel Melayu
  • Romantik Melayu

Novel Ini Sesuai Untuk Peminat

  • Peminat novel cinta.
  • Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
  • Pengumpul novel Melayu.

Novel Berkaitan Nia Adahays

  • Kerana Aku Isterimu