• 3236
1

Karyaseni

Masih Aku Sayang Oleh Umi Kalsom

Regular price
RM 23.00
Sale price
RM 23.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Masih Aku Sayang Oleh Umi Kalsom

Masih Aku Sayang karya Umi Kalsom membawa pembaca menyelami konflik perasaan apabila hati terpaksa membuat pilihan antara lebih daripada seorang insan. Kisah ini berpusat pada Farah. FARAH FIRDAUS terus membiarkan kenangan lama memenjara jiwanya. Dia tidak sanggup hendak melepaskan sayang itu. Namun dia harus pergi meninggalkan cintanya hanya kerana sebuah rasa. Aturan takdir, tiada siapa yang dapat ingkari. Farah dan Fattah disatukan

Sinopsis Novel Masih Aku Sayang

FARAH FIRDAUS terus membiarkan kenangan lama memenjara jiwanya. Dia tidak sanggup hendak melepaskan sayang itu. Namun dia harus pergi meninggalkan cintanya hanya kerana sebuah rasa.

Aturan takdir, tiada siapa yang dapat ingkari. Farah dan Fattah disatukan menjadi suami isteri dan Farah benar-benar mengecapi bahagia. Namun sekali lagi takdir menguji menjadikan Farah sendiri tanpa Fattah di sisi sebagai suami.

Dan kehadiran Kamal mula menyesakkan minda dan hatinya.

“Aku masih sayangkan kau.” – KAMAL

Hendak dilayan rasa cinta yang pernah wujud dalam hati, Farah tidak betah. Tambahan pula dengan kebencian Lela, adik iparnya, menambahkan luka dalam jiwa. Tidak cukup dituduh sebagai perampas kekasih, dikatakan diri Farah berskandal dengan duda pula!

“Aku ni tak dikira curang dengan Fattah ke?” – FARAH FIRDAUS
Itu juga yang menghantui minda Farah apabila semua orang mendesaknya untuk berkahwin semula. Farah buntu tetapi dia tahu, dia harus memilih dan siapakah pilihannya itu?

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
  • Watak yang berkembang secara semula jadi.
  • Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.

Genre Novel Masih Aku Sayang

  • Novel Melayu
  • Romantik Melayu

Novel Ini Sesuai Untuk Peminat

  • Peminat novel cinta.
  • Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
  • Pengumpul novel Melayu.

Novel Berkaitan Umi Kalsom

  • Byline Cinta Wardah
  • Kampung Girl