• 8129
1

Suara Hati Publication

Mantera Cinta Tuan Muda Oleh Nia Afeerah

Regular price
RM 26.00
Sale price
RM 26.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Mantera Cinta Tuan Muda Oleh Nia Afeerah

Nur Adha - Ditinggalkan tanpa alasan yang kukuh membuatkan hatinya tertutup untuk bercinta lagi. Bukan tidak ada yang cuba mendekati tetapi bagi Adha, cukuplah sekali dia terluka. Parutnya masih kekal sehingga kini.

Muammar Ramadhan - Melukakan hati seorang Nur Adha langsung tidak pernah terlintas di fikirannya, biarpun dirinya sering digelar ‘playboy’ tersohor. Namun, Ramadhan tersepit di antara permintaan si ayah dan kehendak sendiri. Akhirnya dia memilih untuk meninggalkan Adha.

Percaturan takdir yang tersusun akhirnya menemukan kembali Adha & Ramadhan. Sudah tertulis jodoh mereka bersama walaupun kebencian menghuni segenap hati Adha, perasaan cinta untuk Ramadhan masih menebal. Dengan sekali lafaz, mereka diijabkabulkan.

Siapa sangka kebahagiaan yang dirasakan hanya bertahan sebentar sahaja. Mengapa ada yang menggelar Ramadhan dengan panggilan ‘tuan muda’ dan ‘Boy’? Kemunculan semula Hanani yang dulu menjadi pemisah hubungan cinta mereka semakin merumitkan keadaan.

Perjalanan hidup berumah tangga jadi semakin berliku apabila satu per satu rahsia kehidupan lampau Ramadhan tersingkap. Terlalu banyak misteri sehingga menjadikan hubungan mereka renggang dan semakin menjauh.

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Cinta kedua dan peluang untuk membina semula hubungan selepas perpisahan
  • Perkahwinan yang diatur oleh takdir serta cabaran menyesuaikan diri sebagai suami isteri
  • Konflik emosi, luka lama dan proses memulihkan kepercayaan
  • Rahsia masa lalu, identiti tersembunyi dan misteri kehidupan Ramadhan

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca yang menggemari kisah cinta selepas perpisahan
  • Peminat novel romantik berlatarkan alam rumah tangga
  • Pembaca yang suka konflik emosi dan hubungan penuh rahsia
  • Peminat kisah cinta dengan watak lelaki berkarisma serta reputasi playboy

Maklumat Buku

  • Penulis: Nia Afeerah
  • Penerbit: Suara Hati Publication
  • ISBN: 9789672300168
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan