• 3969
1

Penulisan2u

Love Riddles Oleh Misztyra

Regular price
RM 29.00
Sale price
RM 29.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Love Riddles Oleh Misztyra

Love Riddles karya Misztyra membawa pembaca menyelami konflik emosi dan percintaan. Kisah ini berpusat pada Dirinya. Ainun Naural gadis universiti yang biasa. Dirinya yang suka bermain gitar di bawah pokok di padang UKM menjadi perhatian seseorang yang sering melihatnya dari jauh. Dia tidak pernah menyangka bahawa kehadiran lelaki bertopi itu di dalam hidupnya akan

Sinopsis Novel Love Riddles

Ainun Naural gadis universiti yang biasa. Dirinya yang suka bermain gitar di bawah pokok di padang UKM menjadi perhatian seseorang yang sering melihatnya dari jauh. Dia tidak pernah menyangka bahawa kehadiran lelaki bertopi itu di dalam hidupnya akan membuatkan cik hatinya berdegup kencang. Saat dirinya basah ditimpa hujan, jejaka misteri itu payungkan, saat dirinya kebasahan, jaket lelaki itu disarung ke badannya yang dingin.

Naural tak nafikan yang dia mula menyukai jejaka yang sering melindungi dirinya dari jauh itu. Namun saat cinta dihulur kepadanya, Naural seperti kaku.

“Sudi awak jadi kekasih saya?”
“Tapi semua ni macam awal lagi. Kita pun baru kenal, kan?”

Jejaka bertopi terus menghilang selepas itu. Naural cuba menjejaki ke bilik piano yang pernah dia dan jejaka bertopi kunjungi bersama, tetapi apa yang dia jumpa hanyalah... bilik yang berdebu dan kotor! Adakah dia hanya bermimpi selama ini?

Kehadiran Luth, jejaka pujaan ramai di dalam hidup Naural, mengembalikan senyuman wanita itu. Cik hati Naural mula terjatuh lagi. Tapi kehadiran Marysa membuatkan cinta yang baru bertunas, layu kembali.

Nak kenal siapa saya? Jom main Love Riddles dengan saya... :P

Teka-teki yang diterima daripada seseorang bagai mengalihkan perhatiannya daripada kekecewaan dengan cinta tak kesampaiannya dengan Luth.
(i) [sqrt(cos(x))*cos(300x)+sqrt(abs(x))-0.7)*(4-x*x)^0.01, sqrt(6-x^2), -sqrt(6- x^2) from -4.5 to 4.5] (you)

Sebaris teka-teki ini merungkaikan segalanya. Ia sebuah graf cinta! Antara jejaka bertopi, Luth dan pemberi teka-teki, siapa akhirnya cinta terakhir Naural?

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
  • Watak yang berkembang secara semula jadi.
  • Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.

Genre Novel Love Riddles

  • Novel Melayu
  • Romantik Melayu

Novel Ini Sesuai Untuk Peminat

  • Peminat novel cinta.
  • Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
  • Pengumpul novel Melayu.

Novel Berkaitan Misztyra

  • Pelindung Cinta