• 6259
1

Anaasa Publication

Lelaki Dingin Oleh Rinsya Chasiani

Regular price
RM 25.00
Sale price
RM 25.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Lelaki Dingin Oleh Rinsya Chasiani

Lelaki Dingin karya Rinsya Chasiani mengisahkan hubungan yang bermula dengan ikatan pertunangan dan pelbagai cabaran yang menguji hati. Kisah ini berpusat pada Mulalah. Aku Riah, editor di syarikat penerbitan kecil. Pernah putus tunang sebab orang tu ada perempuan lain. Mulalah aku berangan nak kahwin dengan lelaki dingin sedingin salji kutub utara. Tak romantik pun tak apa, janji dia pandang aku seorang aje! Jika ada orang

Sinopsis Novel Lelaki Dingin

Aku Riah, editor di syarikat penerbitan kecil. Pernah putus tunang sebab orang tu ada perempuan lain. Mulalah aku berangan nak kahwin dengan lelaki dingin sedingin salji kutub utara. Tak romantik pun tak apa, janji dia pandang aku seorang aje!

Ainal lelaki kacak. Kacak yang luar biasa! Jika ada orang mengatakan Ainal itu pelakon drama, aku amat percaya. Namun lelaki kacak tak semestinya bersifat sempurna.

“Hidup dia macam katak di bawah tempurung, sesuai sangat dengan kau!” – Kak Mia

Tapi…

“Nal, awak nak hantaran apa dari saya?” – Aku

“Saya nak jam tangan, baju Melayu, dan al-Quran.” – Ainal

“Habis, awak tak tanya saya nak apa ke?” – Aku

“Famili dah uruskan.” -Ainal

Ainal la mamat paling blur dalam dunia ni, paling susah nak buat benda romantik, paling tak berperasaan, dan paling malas nak ambil tahu soal hati perempuan. Betul ke aku dah jatuh hati dengan mamat beku bernama Ainal?

“Nal, orang sayangkan awak.” – Aku

Dia setakat angguk kepala. Mampu ke aku hidup dengan lelaki sepasif Ainal? Aku ni, perempuan juga. Kalau cinta katakan cinta, tidaklah aku frust menggila!

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
  • Watak yang berkembang secara semula jadi.
  • Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.

Genre Novel Lelaki Dingin

  • Novel Melayu
  • Romantik Melayu

Novel Ini Sesuai Untuk Peminat

  • Peminat novel cinta.
  • Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
  • Pengumpul novel Melayu.

Novel Berkaitan Rinsya Chasiani

  • Di Hatiku Ada Kamu
  • Dia Yang Ku Jadikan Suami