• 9395
1

Karyaseni

Layar Damar Oleh Lily Haslina Nasir

Regular price
RM 29.00
Sale price
RM 29.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Layar Damar Oleh Lily Haslina Nasir

Layar Damar karya Lily Haslina Nasir membawa pembaca mengikuti perjalanan watak-watak yang berdepan pelbagai cabaran kehidupan. Kisah ini berpusat pada Pasukan. Layar Damar, sebuah daerah terpencil berubah menjadi medan pertempuran yang menggemparkan seluruh negara. Serangan berdarah mengubah lautan biru sekelilingnya menjadi gelombang hanyir penuh darah. Situasi ini membuatkan Muadz Jabar dan rakan pasukannya,

Sinopsis Novel Layar Damar

Layar Damar, sebuah daerah terpencil berubah menjadi medan pertempuran yang menggemparkan seluruh negara. Serangan berdarah mengubah lautan biru sekelilingnya menjadi gelombang hanyir penuh darah.

Situasi ini membuatkan Muadz Jabar dan rakan pasukannya, anggota 69 Komando, terpaksa terjun ke pusaran kekacauan dengan penuh keberanian.

Di antara deru peluru  dan gema ledakan, Muadz—pemuda yang gagah berani—bersama sahabat-sahabatnya, termasuk Khalish, satu-satunya gadis yang baru setahun diserapkan dalam pasukan, mengangkat senjata.

Mereka berjuang dengan semangat yang membara, mereka bertekad.

"Segala-galanya untuk negara."

Khalish, di sisi Muadz, menemukan kekuatan dalam kelembutan.

"Kau, wanita, kau juga pasak kekuatan negara. Ingat, jiwa wanita lebih kuat daripada lelaki. Aku tak mahu kau beralah.” ????????????????????.

Pertemuan tak terduga dengan Rimbun, anak gadis Tok Sisik, ketua pemberontak  kaum Layaran, menguji hati Muadz.  Rimbun membenci perjuangan bapanya, lalu merayu Muadz dengan kata-kata yang penuh mengharap.

"Aku impikan kehidupan seperti gadis biasa. Punya cita-cita dan impian." ????????????????????????

Khalish jadi keliru dan curiga.

Muadz tetap bersahaja, sukar diduga.

Rimbun terus menggantung harapan di jiwa.

Bapa Rimbun terus membuat onar, mahu meranap dan meleburkan Layar Datu dengan darah.

Namun, dengan ikrar pahlawan negara, biar runtuh langit Layar Damar, Pasukan 69 Komando, terus memacu langkah, memicu senjata. Kedaulatan negara melebihi segala-galanya.

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
  • Watak yang berkembang secara semula jadi.
  • Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.

Genre Novel Layar Damar

  • Novel Melayu
  • Romantik Melayu

Novel Ini Sesuai Untuk Peminat

  • Peminat novel cinta.
  • Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
  • Pengumpul novel Melayu.

Novel Berkaitan Lily Haslina Nasir

  • Aku, Dia & Drama Queen
  • Aku, Dia & Gaun Pengantin
  • BLACK GHOST MegatAdri
  • Kalbu Pun Berzikir
  • Tuhan Masih Mencintaiku