Fajar Pakeer
Kudamba Sinar Bahagia Oleh Syima Syawal
- Regular price
- RM 23.00
- Sale price
- RM 23.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Kudamba Sinar Bahagia Oleh Syima Syawal
Kudamba Sinar Bahagia karya Syima Syawal mengisahkan hubungan yang bermula dengan ikatan pertunangan dan pelbagai cabaran yang menguji hati. Kisah ini berpusat pada Dhani. Ketika rasa cinta dan sayang mengalahkan rasa benci dan dendam. Ketika itulah, perasaan bahagia menjadi alasan untuk terus menyakiti. Bagi Muna Muneera, Dhani adalah cinta pertamanya. Setiap kali melihat Dhani, nalurinya terusik. Kadang-kadang dia mahu Dhani
Sinopsis Novel Kudamba Sinar Bahagia
Ketika rasa cinta dan sayang mengalahkan rasa benci dan dendam. Ketika itulah, perasaan bahagia menjadi alasan untuk terus menyakiti. Bagi Muna Muneera, Dhani adalah cinta pertamanya. Setiap kali melihat Dhani, nalurinya terusik. Kadang-kadang dia mahu Dhani selalu memandang ke arahnya. Tapi, bila tersedar…
Rupanya hanya dia yang bertepuk sebelah tangan. Sakit menjadi tunangan Dhani yang tidak pernah punya hati pada dirinya, namun demi kasih dan sayang terhadap umi, Muna Muneera tetap bertahan. Bila Muna Muneera mengetahui Dhani sudah bertukar status menjadi milik wanita lain, dia nekad meleraikan ikatan mereka. Tutup sejarah hitam mengenai Dhani. Dia harus merelakan, bukan suratan hidupnya dengan Dhani. Saat jiwa mula terubat, saat rasa sudah dikuburkan…
Kenapa takdir mengharuskan dia kembali berurusan dengan lelaki yang telah membuang separuh jiwanya?
“Bacalah, pesanan terakhir dari arwah...”
– DHANI DINI Kerana pesanan azimat itu, Muna Muneera terikat kembali. Dia cuba menyemai rasa cinta yang masih bersisa, masih cuba bertahan dalam sebuah bahtera. Namun, Muna Muneera sekali lagi terluka.
“Saya tak nak sakitkan hati ni lagi. Saya ni tak kuat. Rasa macam nak hancur luluh hati ni. Bukan setakat koyak, malah dah tercarik-carik pun.” – MUNA MUNEERA Muna Muneera berada di persimpangan. Mencari harga diri atau meninggalkan segala yang dimiliki? Tiada kehidupan yang indah tanpa ada drama di sebaliknya. Ini kisah mereka, cuba mencari sinar bahagia, mampukah dambaan yang diimpikan itu seriring dengan apa yang direncanakan?
Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?
- Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
- Watak yang berkembang secara semula jadi.
- Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.
Genre Novel Kudamba Sinar Bahagia
- Novel Melayu
- Romantik Melayu
Novel Ini Sesuai Untuk Peminat
- Peminat novel cinta.
- Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
- Pengumpul novel Melayu.
Novel Berkaitan Syima Syawal
- Kopiah Buat Zauji
- Sepahit Kopi Semanis Cham
- Setiap Langkahmu Ada Takdirku
- Jangan Pandang Sebelah Mata, Bro!
- Pergi