• 2940
1

PTS

Kuasa Kepimpinan 4E

Regular price
RM 20.00
Sale price
RM 20.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Kuasa Kepimpinan 4E

Buku ini sesuai dijadikan bahan bacaan dan rujukan kepada pembaca yang ingin menambah pengetahuan dalam bidang berkaitan.

Sinopsis

Jack Welch hanya mengambil pekerja yang hebat untuk bekerja bersama-sama beliau. Dengan kepimpinan beliau, Jack Welch dan pasukannya yang mantap mampu mengubah syarikat General Electric (GE) daripada sebuah syarikat yang sedang merudum teruk menjadi syarikat yang terbaik di dunia.

Model Kepimpinan 4E sangat berpengaruh. Model ini mencetuskan kontroversi dan menerima tentangan pada peringkat awal pelaksanaan. Jack Welch memecat ramai pengurus yang berfikiran sempit dan menggantikan mereka dengan individu yang bersedia membaca kehendak pelanggan dan pasaran. Beliau juga menjual lebih 100 bisnes yang tidak sejajar dengan visi GE dan memberhentikan lebih 100,000 orang pekerja. Tiga tahun selepas penyusunan semula yang menyakitkan ini, GE berubah sepenuhnya menjadi syarikat yang hebat.

Model ini digunakan oleh Jack Welch bagi memilih dan melatih pekerjanya menjadi aset terbaik dalam syarikat. Model ini terbukti berkesan dapat menjimatkan kos, menguntungkan syarikat, dan melahirkan pekerja serta pemimpin hebat.

Antara teknik kepimpinan yang sangat berpengaruh dan perlu dimiliki oleh Pemimpin 4E adalah:

- Membuat keputusan yang terbaik dengan penuh yakin walaupun dalam situasi sukar

- Mengurangkan karenah birokrasi dan merobohkan tembok penghalang antara pemimpin dan pekerja

- Memberi ganjaran kepada pekerja yang mencetuskan idea-idea baru tanpa mengira pangkat mereka

- Menambahbaik strategi lama dan mencipta strategi baru bagi mengembangkan syarikat