Fajar Pakeer
Ku Kejar Sampai Dapat Oleh Noorfadzillah Omar
- Regular price
- RM 21.00
- Sale price
- RM 21.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Ku Kejar Sampai Dapat Oleh Noorfadzillah Omar
Ku Kejar Sampai Dapat karya Noorfadzillah Omar membawa pembaca menyelami konflik perasaan apabila hati terpaksa membuat pilihan antara lebih daripada seorang insan. Kisah ini berpusat pada Latisya. ~ Kudambakan bisikan asmara Kasihmu penuh makna Kuyakin bunga cinta Pasti akan mekar semula Latisya. Orangnya sederhana, namun bisa menawan hati sesiapa yang memandangnya. Najib, tidak pernah berputus asa untuk menawan hati Latisya. Sedikit sebanyak terusik
Sinopsis Novel Ku Kejar Sampai Dapat
~ Kudambakan bisikan asmara
Kasihmu penuh makna
Kuyakin bunga cinta
Pasti akan mekar semula
Latisya. Orangnya sederhana, namun bisa menawan hati sesiapa yang memandangnya. Najib, tidak pernah berputus asa untuk menawan hati Latisya. Sedikit sebanyak terusik juga hati kecil Latisya. Tapi, nasihat si ayah tidak mahu diambil ringan. Dia tidak dibenarkan menjalin hubungan serius dengan mana-mana lelaki selagi tidak memiliki pekerjaan tetap. Dan, hasrat hati terpaksa dibiarkan sepi.
Hari berganti, bulan berganti, Najib bukan untuknya. Janji Najib hanya tinggal janji. Latisya pasrah. Saat hati dibiarkan sepi, muncul Salleh ingin menawan hati. Wujud juga Norman menjadi pemuja misteri.
Ujian Allah, hidup Latisya sentiasa dilambung badai. Dugaan demi dugaan datang menimpa. Nyawanya bagaikan berada di hujung tanduk gara-gara dengki khianat manusia. Dirinya dihukum dengan pelbagai fitnah.
“Jangan menghakimi aku kerana aku seorang perempuan yang tidak mampu menyerang secara mental dan fizikal. Juri di pentas dunia ini menghakimi aku dengan sangat tidak adil.”
Antara Salleh dan Norman, siapakah yang berjaya menawan hati Latisya? Dugaan apa yang membelenggu Latisya? Siapa yang berniat buruk terhadap Latisya? Selagi ada yang mampu mengejar, pasti akan ada yang dapat apa yang dikejar.
Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?
- Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
- Watak yang berkembang secara semula jadi.
- Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.
Genre Novel Ku Kejar Sampai Dapat
- Novel Melayu
- Romantik Melayu
Novel Ini Sesuai Untuk Peminat
- Peminat novel cinta.
- Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
- Pengumpul novel Melayu.
Novel Berkaitan Noorfadzillah Omar
- Hantaran Kasih Tuhan
- Pilihlah Aku Menjadi Pramugari
- Sekiranya Aku Menjadi Detektif
- Dua Syurga Dalam Hatiku
- Kuseru Nur Kasih