• 7437
1

Al-Hidayah

Kitab Fiqh : Mendidik Anak Berdasarkan Al-Quran dan Sunnah

Regular price
RM 55.00
Sale price
RM 55.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Kitab Fiqh : Mendidik Anak Berdasarkan Al-Quran dan Sunnah

Kitab Fiqh : Mendidik Anak Berdasarkan Al-Quran dan Sunnah ialah buku karya Syeikh Khalid Bin Abdul Rahman Al-Ik yang diterbitkan oleh Al-Hidayah. Buku ini membantu pembaca memahami kandungan Al-Quran melalui penerangan, tafsir atau panduan bacaan.

Sinopsis Buku Kitab Fiqh : Mendidik Anak Berdasarkan Al-Quran dan Sunnah

Mendidik anak merupakan amanah besar yang wajib dipikulkan oleh setiap ibu bapa dan para penjaga. Tanpa pendidikan dan latihan kehidupan yang benar pasti akan mencacatkan pembangunan sebuah tamadun agama dan bangsa. Bukan itu sahaja, is juga akan melemahkan sebuah institusi negara yang berdaulat. Lebih-lebih lagi di zaman yang semakin mencabar ini dengan kemajuan dan kecanggihan teknologi dan sistem maklumat. Semua maklumat boleh dipetik dengan hujung jari tanpa sempadan. Sama ada ia betul atau tidak, positif atau negatif, semuanya amat mudah untuk dicapai dalam bentuk visual, audio mahupun teks. Oleh sebab itu, Islam amat menitikberatkan coal pendidikan anak ini. Panduan dan petunjuknya telah terdapat di dalam dua rujukan utama Islam iaitu Al-Quran dan As-Sunnah lebih 1400 tahun yang lalu. Buku ini amat penting sekali dari sudut pengisiannya. la menjelaskan pendekatan atau kaedah yang menyeluruh dan tepat tentang asas-asas pendidikan anak daripada perspektif Al-Quran dan Sunnah. Panduan yang telah disediakan Islam sebenarnya telah mendahului peradaban moden dalam pendidikan anak ini. Namun malangnya masyarakat kini lebih menyakini dan mengagungkan pendekatan barat yang dianggap lebih terkini dan maju. Malah ada dalam kalangan masyarakat moden menganggap pendekatan Al-Quran dan Sunnah ini tidak menepati piawai zaman moden. Sebenarnya ini adalah suatu pandangan yang terkebelakang dan salah. Buku ini disusun secara sistematik dengan memerhatikan fasa-fasa kehidupan dan pertumbuhan manusia sejak dari alam rahim, dunia dan fasa pendewasaan manusia. la merupakan sebuah rujukan yang sangat bernilai untuk semua.

Mengapa Perlu Memiliki Buku Ini?

  • Meningkatkan kefahaman terhadap Al-Quran.
  • Membantu penghayatan ayat-ayat suci.
  • Sesuai dijadikan rujukan pembelajaran.
  • Menggalakkan tadabbur Al-Quran.

Maklumat Buku

  • Penulis: Syeikh Khalid Bin Abdul Rahman Al-Ik
  • Penerbit: Al-Hidayah
  • ISBN: 9789674390891
  • Berat: 0.3 kg

Sesuai Untuk Pembaca

  • Pelajar.
  • Guru.
  • Keluarga Islam.
  • Pembaca umum.