• 8636
1

Al-Hidayah

Kesan-Kesan Amalan Nabi Ibrahim AS Dalam Sunnah Nabi SAW

Regular price
RM 14.00
Sale price
RM 14.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Kesan-Kesan Amalan Nabi Ibrahim AS Dalam Sunnah Nabi SAW

Kesan-Kesan Amalan Nabi Ibrahim AS Dalam Sunnah Nabi SAW ialah buku karya Abdullah Al-Qari B. Hj. Salleh yang diterbitkan oleh Al-Hidayah. Buku ini membincangkan hukum-hakam dan panduan ibadah berdasarkan syariat Islam.

Sinopsis Buku Kesan-Kesan Amalan Nabi Ibrahim AS Dalam Sunnah Nabi SAW

Selain nama Nabi Muhammad S.A.W nama Nabi Ibrahim juga tidak pernah lekang disebut oleh umat Islam seluruh dunia. Di dalam solat lima waktu sehari semalam nama Nabi Ibrahim ini kita sebut di dalam bacaan tahiyat akhir. Selain itu juga dalam ibadah korban di Hari Raya Aidil Adha juga dikaitkan dengan Nabi Ibrahim A.S dan anaknya Nabi Ismail A.S. Malah bangunan Kaabah di Masjidil Haram juga dibina oleh baginda dan anaknya. Begitu juga dengan sejarah pembukaan Makkah yang berkait rapat dengan kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail.

Islam adalah agama yang paling sempurna, lengkap, mulia dan tinggi. Asasnya telah dibina oleh Nabi Ibrahim dengan ajaran tauhid iaitu mengesakan Allah. Daripada asas ini diikuti dengan ibadah, amalan soleh dan akhlak terpuji sebagai perhiasan dan pakaian hidup. Asas ajaran tauhid ini diteruskan oleh Nabi Lut, Nabi Ismail, Nabi Yaaqub, Nabi Yusuf, Nabi Syuaib, Nabi Isa dan akhirnya diteruskan oleh Nabi Muhammad S.A.W.

Buku ini menghidangkan rentetan kisah-kisah Nabi Ibrahim, pesanan, amalan dan doa-doanya yang amat berguna untuk kita dalam mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.

Mengapa Perlu Memiliki Buku Ini?

  • Memahami hukum-hakam Islam dengan lebih jelas.
  • Menjadi rujukan dalam kehidupan harian.
  • Membantu melaksanakan ibadah dengan betul.
  • Meningkatkan kefahaman syariat Islam.

Maklumat Buku

  • Penulis: Abdullah Al-Qari B. Hj. Salleh
  • Penerbit: Al-Hidayah
  • ISBN: 9789673681327
  • Berat: 0.3 kg
  • Saiz: 6 × 9

Sesuai Untuk Pembaca

  • Pelajar agama.
  • Penuntut ilmu.
  • Guru agama.
  • Muslim yang ingin mendalami fiqh.