Penulisan2u
Kerana Aku Suamimu Oleh June Muhammad
- Regular price
- RM 25.00
- Sale price
- RM 25.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Kerana Aku Suamimu Oleh June Muhammad
Kerana Aku Suamimu karya June Muhammad membawa pembaca mengikuti perjalanan watak-watak yang berdepan pelbagai cabaran kehidupan. Kisah ini berpusat pada Zahra. Kebahagiaan ZAHRA AISYA direntap dalam satu peristiwa yang tidak disangka. Biarpun menentang keras rancangan Encik Zainal, akhirnya Zahra terpaksa akur menikahi MUHAMMAD FITRI untuk menutup perkara memalukan itu. Benci, benci sampai ke akhirat!” – Zahra.
Sinopsis Novel Kerana Aku Suamimu
Syurga seorang isteri... Adalah bersama suami.
“Zahra tak mahu kahwin dengan Abang Fitri!” – Zahra.
“Dengan keadaan diri Zahra sekarang, siapa yang nakkan Zahra?!” – Encik Zainal.
Kebahagiaan ZAHRA AISYA direntap dalam satu peristiwa yang tidak disangka. Biarpun menentang keras rancangan Encik Zainal, akhirnya Zahra terpaksa akur menikahi MUHAMMAD FITRI untuk menutup perkara memalukan itu.
“Zahra benci dengan abang, tau tak?! Benci, benci sampai ke akhirat!” – Zahra.
Selepas bergelar suami dan isteri, hubungan dingin antara Zahra dan Fitri mula menampakkan sinar bahagia apabila Fitri mula mengguyur api kebencian yang ada dalam jiwa si isteri.
“Zahra dah okey, esok abang pergilah kerja.” – Zahra.
“Eh, suka hatilah abang nak pergi kerja atau tak.” – Fitri.
Namun pada saat hubungan Zahra bersama Fitri mula hanyut dan larut dalam emosi, parut yang lama mula menjengah kembali. Hadirnya kembali RIYAD mengganggu kebahagiaan rumah tangga Zahra dan Fitri. Lipatan memori silam ketika Zahra bersama Riyad kini mula menghantui Fitri yang melihat Zahra semakin menerima dirinya sebagai sang suami, namun gusar apabila melihat Riyad mula menunjukkan belang diri.
Apabila Zahra mula diganggu oleh Riyad yang menagih semula cinta lamanya kembali, SHASHA yang selama ini dianggap sebagai teman sejati oleh Zahra tanpa diduga juga menjadi duri. Hubungan terlarang dalam diam antara Shasha dan Riyad sedikit sebanyak telah menghantui kehidupan Fitri yang sebenarnya mengetahui yang Zahra sudah dikhianati oleh teman baik sendiri. Apakah yang akan terjadi kepada Zahra dan Fitri? Masih adakah rasa cinta Zahra terhadap Riyad yang menagih kembali si cinta hati
Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?
- Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
- Watak yang berkembang secara semula jadi.
- Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.
Genre Novel Kerana Aku Suamimu
- Novel Melayu
- Romantik Melayu
Novel Ini Sesuai Untuk Peminat
- Peminat novel cinta.
- Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
- Pengumpul novel Melayu.