• 8041
1

Al-Hidayah

Karamah Para Sahabat Nabi SAW

Regular price
RM 40.00
Sale price
RM 40.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Karamah Para Sahabat Nabi SAW

Karamah Para Sahabat Nabi SAW ialah buku karya Ustaz Rachmat Ramadana Al-Banjari yang diterbitkan oleh Al-Hidayah. Buku ini membawa pembaca memahami sejarah dan perjalanan tokoh-tokoh Islam.

Sinopsis Buku Karamah Para Sahabat Nabi SAW

Sekiranya mukjizat itu dikurniakan secara khusus kepada para nabi dan rasul untuk menunjukkan kekuasaan Allah S.W.T, maka karamah pula dianugerahkan kepada orang pilihan yang hampir, patuh dan tunduk kepada Allah S.W.T.

Ada berbagai bentuk karamah yang dianugerahkan Allah kepada mereka ”teristimewa” itu. Abu Bakar, sebagai contohnya, ketika ada tetamu, sedangkan makanan di rumah sangat sedikit, tiba-tiba makanan yang dihidangkan kepada tetamunya menjadi banyak dan semua orang mendapatkan bahagiannya. Beliau juga diberikan karamah mengetahui kematian dan jantina anaknya yang bakal di lahirkan.

Manakala seorang lagi sahabat iaitu Umar bin Khattab dianugerahkan karamah berupa kemampuan berbicara dengan orang mati. Selain itu, karamah terbesar Umar adalah syaitan takut kepadanya. Sebuah keajaiban yang Allah anugerahkan hanya kepada mereka yang menjadi kekasih-Nya.

Buku ini merupakan kitab himpunan karamah amat dahsyat yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. kepada para sahabat Nabi Muhammad S.A.W. Sudah pasti, moralnya agar kita mengambil pelajaran yang sangat berharga, bahawa Allah S.W.T. benar-benar Maha Kuasa. Selamat membaca dan ambillah hikmah sebesar-besarnya dari buku ini.

Mengapa Perlu Memiliki Buku Ini?

  • Menambah pengetahuan sejarah Islam.
  • Mengambil pengajaran daripada kehidupan tokoh Islam.
  • Meningkatkan kecintaan terhadap agama.
  • Sesuai dijadikan bahan rujukan.

Maklumat Buku

  • Penulis: Ustaz Rachmat Ramadana Al-Banjari
  • Penerbit: Al-Hidayah
  • ISBN: 9789674390532
  • Berat: 0.3 kg

Sesuai Untuk Pembaca

  • Pelajar.
  • Guru.
  • Peminat sejarah Islam.
  • Pembaca umum.