• 3118
1

Penulisan2u

Jerat Hati Oleh Tina Derika

Regular price
RM 22.00
Sale price
RM 22.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Jerat Hati Oleh Tina Derika

Jerat Hati karya Tina Derika membawa pembaca mengikuti perjalanan watak-watak yang berdepan pelbagai cabaran kehidupan. Kisah ini berpusat pada Asyraf. HAFIZA- “Boleh tak kita berkawan?” ASYRAF-“Kita tak setanding. Malu aku nak kawan dengan budak kureng macam kau.” Zaman persekolahan. Kisah Asyraf si ketua kumpulan bajet Westlife. Pengawas popular berdarah campuran Turki dan paling cemerlang akademiknya,

Sinopsis Novel Jerat Hati

HAFIZA-

“Boleh tak kita berkawan?”

ASYRAF-

“Kita tak setanding. Malu aku nak kawan dengan budak kureng macam kau.”

Zaman persekolahan. Kisah Asyraf si ketua kumpulan bajet Westlife. Pengawas popular berdarah campuran Turki dan paling cemerlang akademiknya, disayangi para guru. Maklumlah, anak Tan Sri. Manakan setaraf dengan Hafiza. Tapi tak berhakkah dia untuk berkawan dengan Asyraf?

Sejak peristiwa yang memalukan itu, Hafiza menjadi mangsa sindiran kumpulan bajet Westlife yang sombong itu. Kononnya Hafiza yang tidak setaraf dengannya itu tidak tahu malu. Asyraf tidak sudah-sudah mencari pasal.

“Malang betul laki kau esok dapat bini macam kau.” - Asyraf

“Kalau macam tu, aku pun boleh kata bini kau nanti malang dapat laki macam kau.”-Hafiza

Lebih menyakitkan, sepupu Hafiza, Darina yang cantik dan kaya dipilih oleh Asyraf menjadi kekasih hatinya. Sembilan tahun berlalu, malangnya Darina menghilang tanpa meninggalkan khabar berita. Pergi begitu sahaja… Ke manakah dia?

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
  • Watak yang berkembang secara semula jadi.
  • Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.

Genre Novel Jerat Hati

  • Novel Melayu
  • Romantik Melayu
  • Kekeluargaan

Novel Ini Sesuai Untuk Peminat

  • Peminat novel cinta.
  • Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
  • Pengumpul novel Melayu.

Novel Berkaitan Tina Derika

  • Yang Tertulis Kelmarin
  • Seindahmu