Kaki Novel
Jangan Padam Rindu
- Regular price
- RM 23.00
- Sale price
- RM 23.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Jangan Padam Rindu Oleh Rina Farizq
Jangan Padam Rindu karya Rina Farizq mengisahkan hubungan yang bermula dengan ikatan pertunangan dan pelbagai cabaran yang menguji hati. Kisah ini berpusat pada Lagilah. Ellina tak sangka dia dilamar oleh tuan haji kerepot yang bertongkat! Dia tak rela nak bertunang dengan lelaki tua yang gatal tu. Ellina: Lagi satu, bukan semua orang tuan haji boleh beli hatinya dengan kebendaan. Note4 pink ni memang awesome tapi itu tak
Sinopsis Novel Jangan Padam Rindu
Ellina tak sangka dia dilamar oleh tuan haji kerepot yang bertongkat! Dia tak rela nak bertunang dengan lelaki tua yang gatal tu. Nak kahwin? Lagilah tak ingin!
Ellina: Lagi satu, bukan semua orang tuan haji boleh beli hatinya dengan kebendaan. Note4 pink ni memang awesome tapi itu tak bererti saya dah jatuh tergolek kat sini.
Mereka tak pernah bertemu, hanya berkomunikasi melalui aplikasi WhatsApp. Mujurlah ada media canggih tu. Kalau tak, ‘muntah hijau’ dibuatnya kalau terpaksa bercakap secara langsung dan bertentang mata dengan tuan haji.
Tuan haji: Ellina, saya ikhlas nak kahwin dengan Ellina. By the way, Note4 pink tu saya hadiahkan dengan ikhlas. Saya tak ada intention pun nak buat Ellina jatuh tergolek kat sana. Ellina, jatuh tergolek ke?
Serius Ellina tak boleh tahan. Geli betul dengan lelaki tua yang bertongkat tu. Tapi nak buat macam mana? Apa pilihan yang dia ada?
Ellina: Saya serius. Apa kata kahwin saja dengan ibu saya? Saya lebih rela jadi anak tuan haji. Please marry my mom.
Tuan haji : Ellina… I want to marry you, not your mom.
Ellina pasrah. Majlis pertunangan dijalankan walaupun hati tak rela. Tak ikhlas! Tapi, kenapa bila tiba hari pertunangan orang lain pula yang bertunang dengan dia? Bukannya tuan haji. Dan Ellina rasa nak mati bila ‘orang’ itu sebenarnya yang meminangnya. Ellina rasa tak menentu bila ‘orang’ itu yang menjadi tunangnya. Kenapa ‘orang’ itu? Kenapa orang yang telah merobekkan hatinya muncul semula dalam hidupnya?
“Simpan rindu dalam hati!”
Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?
- Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
- Watak yang berkembang secara semula jadi.
- Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.
Genre Novel Jangan Padam Rindu
- Novel Melayu
- Romantik Melayu
Novel Ini Sesuai Untuk Peminat
- Peminat novel cinta.
- Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
- Pengumpul novel Melayu.
Novel Berkaitan Rina Farizq
- Tak Habis Mencintaimu
- Cinta Dia Tak Naklah
- Ada Cinta
- Sumpah Setia Romeo
- Love Mak Cik Bawang