Berita Publishing
Isteri Sipi-Sipi Oleh Lili Norlaili
- Regular price
- RM 22.00
- Sale price
- RM 22.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Isteri Sipi-Sipi Oleh Lili Norlaili
Isteri Sipi-Sipi karya Lili Norlaili membawa pembaca mengikuti kisah hubungan yang terjalin sejak kecil dan berkembang seiring peredaran masa. Kisah ini berpusat pada Antara. Kerana permintaan terakhir seorang kakak, maka perkahwinan ini terakad! Namun, perumpamaan salin tikar tidak boleh digunapakai dalam kisah kami kerana, lain ibu, lain bapa tetapi kami membesar bersama di Ar-Raudhah. Sesudah perkahwinan, aku ditanya sang
Sinopsis Novel Isteri Sipi-Sipi
Kerana permintaan terakhir seorang kakak, maka perkahwinan ini terakad! Namun, perumpamaan salin tikar tidak boleh digunapakai dalam kisah kami kerana, lain ibu, lain bapa tetapi kami membesar bersama di Ar-Raudhah. Di situ kasih kami bersemi...
Sesudah perkahwinan, aku ditanya sang suami...
Antara kasih, sayang dan cinta; mana yang awak nak?"
Untuk menjawab, aku tiada jawapannya. Sebab sebagai seorang isteri, sudah tentu semua 'rasa' yang ada pada soalan itu amat diperlukan dalam sebuah perkahwinan. Itu semua ramuan kepada rencah kebahagiaan dalam berumah tangga.
"Haruskah Lia memilih? Tak boleh ke kalau Lia nak semua? Tamak ke saya?"
Ini jawapan kepada pertanyaan Abang Amar, tetapi aku kembalikan kepada dia dalam bentuk soalan.
Lalu, kenapa pula dia yang terdiam. Adillah dia pada aku kerana hanya mampu memberi perhatian kasih dan sayang tetapi tidak atas nama cinta?
Lama memendam rasa, hati yang rajuk semakin terseksa. Onar orang ketiga paling memilukan, layanan suami pula sering berubah-ubah, ada kala mesra dan selebihnya hambar, membuat aku terpasung dalam keliru.
***************************************
Selami dan jejakilah misi Lili Norlaili menjalin rasa Amar dan Alia demi mencari kesudahan cinta... kerana mereka masih keliru dengan hati masing-masing.
Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?
- Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
- Watak yang berkembang secara semula jadi.
- Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.
Genre Novel Isteri Sipi-Sipi
- Novel Melayu
- Romantik Melayu
Novel Ini Sesuai Untuk Peminat
- Peminat novel cinta.
- Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
- Pengumpul novel Melayu.
Novel Berkaitan Lili Norlaili
- Hanya Dia Sufi