• 8611
1

Al-Hidayah

Ingatlah Mati, Maka Engkau Akan Maju & Bahagia!

Regular price
RM 15.00
Sale price
RM 15.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Ingatlah Mati, Maka Engkau Akan Maju & Bahagia!

Ingatlah Mati, Maka Engkau Akan Maju & Bahagia! ialah buku karya Mahmud Asy-Syafrowi yang diterbitkan oleh Al-Hidayah. Buku ini memberi inspirasi dan motivasi untuk membantu pembaca meningkatkan potensi diri dan mencapai matlamat kehidupan.

Sinopsis Buku Ingatlah Mati, Maka Engkau Akan Maju & Bahagia!

Tahukah anda, bahawa mengingati mati (Zikrul Maut) boleh menjadi satu cara hidup yang amat menakjubkan dalam mencapai kejayaan dan kebahagiaan sejati? Ya, mengingati mati ternyata bukan hanya berguna untuk menjadikan jiwa kita lebih beriman, rajin beribadah dan menghormati orang lain, tetapi sekaligus sangat berpotensi mendorong mental kita untuk gigih, teguh dan bersungguh-sungguh dalam mencapai puncak kejayaan dan kebahagiaan hidup dalam apa-apa urusan sama ada duniawi hingga ukhrawi.

Terdapat 3 asas utama yang menjadi landasan ke arah kejayaan dan kebahagiaan dengan teknik zikrul maut:

1. Membangkitkan Optimisme,
2. Menilyaktifkan Kekuatan Minda
3. Menyingkap Rahsia Puncak Kebahagiaan Hidup

Hakikatnya kita semua pasti akan mati, yang bila tiba waktunya tidak akan sekali-kali ditunda walau sedetik pun sesuai dengan janji Allah. Kita juga tidak akan tahu bila ajal akan menjemput kita. Buku ini berjaya memberikan pemaknaan baru tentang mati sebagai pintu masuk menuju kehidupan yang sempurna zahir dan batin, duniawi dan ukhrawi, kebendaan dan rohani.

Satu tahap kehidupan yang kita impikan. namun jauh lebih ramai gagal. lantaran tidak mampu menterjemahkan rahsia kematiannya sebagai kekuatan prinsip hidupnya.

Mengapa Perlu Memiliki Buku Ini?

  • Memberikan inspirasi positif.
  • Meningkatkan motivasi diri.
  • Menggalakkan pembangunan peribadi.
  • Membantu menghadapi cabaran kehidupan.

Maklumat Buku

  • Penulis: Mahmud Asy-Syafrowi
  • Penerbit: Al-Hidayah
  • ISBN: 9789675984877
  • Berat: 0.3 kg
  • Saiz: 5 × 8

Sesuai Untuk Pembaca

  • Remaja.
  • Dewasa.
  • Pekerja.
  • Pembaca yang mencari motivasi.