Karyaseni
Inayah Oleh Maria Kajiwa
- Regular price
- RM 25.00
- Sale price
- RM 25.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Inayah Oleh Maria Kajiwa
Inayah karya Maria Kajiwa membawa pembaca mengikuti perjalanan watak-watak yang berdepan pelbagai cabaran kehidupan. Kisah ini berpusat pada Setelah. Setelah tinggal lama di New York, Muhammad dan Aisya memutuskan untuk berpindah balik ke Malaysia dan memulakan hidup baharu. Mereka membeli sebuah rumah corner lot bagi memenuhi cita rasa mereka. Sayangnya tidak lama kemudian, salah seorang daripada anak
Sinopsis Novel Inayah
Aku Ingin Pulang.
Setelah tinggal lama di New York, Muhammad dan Aisya memutuskan untuk berpindah balik ke Malaysia dan memulakan hidup baharu. Mereka membeli sebuah rumah corner lot bagi memenuhi cita rasa mereka. Sayangnya tidak lama kemudian, salah seorang daripada anak kembar mereka menunjukkan tingkah laku aneh.
“I don’t like this house. It’s scary. Penny hates this house. Right, Penny?” - Adam
Muhammad dan Aisya pula diganggu dengan beberapa kejadian yang tidak dapat dijelaskan. Rumah tangga mereka mula berantakan apabila kedua-duanya tidak lagi saling percaya dan sehaluan lagi.
“Papa! You yang dah melampau! You just refuse to see it.” - Aisya
“See what?” - Muhammad
“Something is wrong with your son! - Aisya
Campur tangan daripada Suraya, ibu kepada Muhammad juga menambahkan lagi permasalahan yang ada. Suraya yang terlalu percaya akan kepercayaan karut bertindak memanggil bomoh untuk ‘memagar’ rumah anaknya itu. Namun, perkara itu mendapat tentangan daripada Aisya yang hanya percayakan Allah dengan apa yang telah berlaku.
“Dia tengah pagar rumah kamu ni. Biar tak masuk hantu. Biar keselamatan kamu sekeluarga terjamin.” - Suraya
“Ini semua khurafat, mak. Tak boleh ni.” - Aisya
Apakah sebenarnya yang telah berlaku di rumah itu? Berjayakah Muhammad dan Aisya menyelamatkan anak-anak mereka daripada gangguan makhluk yang sedang berusaha untuk membebaskan diri? Adakah sebenarnya mereka sudah terlambat?
“Siapa pun kamu, pulanglah kamu kepada pencipta-Mu Allah Ar Rahman. Pulanglah kamu pada pemilikmu, Allah Al Ghaffar! Pulanglah kamu pada tanahmu. Allahuakhbar!”- Imam Ali.
Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?
- Mengangkat nilai kekeluargaan.
- Watak yang mudah dihayati.
- Menyentuh emosi pembaca.
Genre Novel Inayah
- Novel Melayu
- Kekeluargaan
Novel Ini Sesuai Untuk Peminat
- Peminat drama keluarga.
- Pembaca dewasa.
- Peminat kisah kehidupan.
Novel Berkaitan Maria Kajiwa
- Sakti Bunian
- Suara Tengah Malam
- Bramfield House Rumah Inggeris Bertiang Seri
- Artifak
- Kombo Oktober 2016