Fajar Pakeer
Hero Pandang Pertama
- Regular price
- RM 24.00
- Sale price
- RM 24.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Hero Pandang Pertama Oleh Nia Qurratun'aini
Hero Pandang Pertama karya Nia Qurratun'aini membawa pembaca menyelami konflik emosi dan percintaan. Kisah ini berpusat pada Aura Aisyah. Tak semua heroin akan jatuh cinta pandang pertama dengan heronya. Itulah yang terjadi bila Aura Aisyah pergi pasar pakai kasut wedges. Dah nak terjatuh, mujur Qauthar sempat sambut. Tapi, Aura Aisyah tuduh lelaki tu nak ngurat dia pula. Saya cuma cakap hero
Sinopsis Novel Hero Pandang Pertama
Tak semua heroin akan jatuh cinta pandang pertama dengan heronya. Itulah yang terjadi bila Aura Aisyah pergi pasar pakai kasut wedges. Dah nak terjatuh, mujur Qauthar sempat sambut. Tapi, Aura Aisyah tuduh lelaki tu nak ngurat dia pula.
“Habis tu, kenapa gaya awak macam nak usyar saya aje?”
“Saya tak cakap pun. Saya cuma cakap hero selamatkan awak. Saya tak cakap yang saya nak ngurat awak.”
“Bukan sama aje ke? Awak perasan yang awak tu hero saya.”
“Awak ni, perasan cantik eh?”
Orang cakap kalau kali pertama itu kebetulan, yang kedua itu tak sengaja. Kalau dah kali ketiga muncul depan mata, itu takdir namanya. Kali ini, bukan setakat hero, Qauthar jadi suami Aura Aisyah secara tiba-tiba.
Mula-mula, biasalah. Isteri tak nak suami datang dekat-dekat. Tapi, bila Qauthar menyakat, mulut yang laju membangkang jadi tersekat-sekat.
“Pintu tak boleh terbuka luas, kena tutup rapat. Jarak kita terlalu jauh. Jadi…”
“Awak nak buat apa ni?”
“Bila dah dekat… Apa yang tertutup, kena dibuka.”
“Awak… Awak… Awak jangan macam-macam.”
Munculnya Qauthar setiap hari di hadapan mata telah membuat Aura Aisyah jatuh cinta. Namun, saat Aura Aisyah mengaku Qauthar bukan sekadar hero pandang pertamanya, kebenaran yang cuba Qauthar sembunyikan terbongkar. Aura Aisyah benar-benar terpanar.
Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?
- Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
- Watak yang berkembang secara semula jadi.
- Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.
Genre Novel Hero Pandang Pertama
- Novel Melayu
- Romantik Melayu
Novel Ini Sesuai Untuk Peminat
- Peminat novel cinta.
- Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
- Pengumpul novel Melayu.
Novel Berkaitan Nia Qurratun'aini
- Kombo September 2016
- En. Pendekar Mr. Cheese
- Love Made In Venice
- Aku Ada Bila Perlu
- Signal Kiri Untuk Cinta