• 8623
1

Al-Hidayah

Haji & Umrah Falsafah, Fadilat & Hikmah Serta Cabarannya

Regular price
RM 15.00
Sale price
RM 15.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Haji & Umrah Falsafah, Fadilat & Hikmah Serta Cabarannya

Haji & Umrah Falsafah, Fadilat & Hikmah Serta Cabarannya ialah buku karya Haji Zainal bin Haji Bujang yang diterbitkan oleh Al-Hidayah. Buku ini membincangkan hukum-hakam dan panduan ibadah berdasarkan syariat Islam.

Sinopsis Buku Haji & Umrah Falsafah, Fadilat & Hikmah Serta Cabarannya

Di samping menjadi ibadah ritual yang dituntut serta disyariatkan oleh Allah SWT kepada setiap hambaNya yang beriman, bertaqwa serta beramal soleh, ibadah haji dan umrah itu jugs mengandungi beraneka, falsafah, fadilat, hikmah serta cabaran yang sekiranya dihayati dan dicernai sepenuhnya akan mengangkat dan menjulang martabat seseorang mukmin itu kesuatu tahap yang paling tinggi dan mulia di sisi Allah SWT.

Sehubungan itu, penyusun buku ini yang telah dianugerahi Allah ilmu dan pengetahuan berkaitan ibadah haji dan umrah yang agak luas (3 kali haji dan 7 kali umrah) telah terisi, tersentuh dan terpanggil hati untuk mengkaji, meneliti dan menyingkap tabir falsafah, fadilat, hikmah serta cabaran ibadah suci berkenaan untuk divar-uarkan pula kepada bakal-bakal haji dan umrah dengan harapan semoga haji dan umrah mereka itu kelak bermutu, berkualiti serta mabrur di sisi Allah SWT.

Bagi menguatkan hujjah dan fakta analisis maka penyusun telah menyelitkan beberapa firman Allah SWT menerusi kitab suci Al-Quran dan hadith-hadith baginda Rasulullah SAW. Semoga dengan menjadikan Al-Quran dan hadith baginda Rasulullah sebagai tunggak dan teras perbincangan maka akan bertambah mantaplah hujjah berkenaan dan terpelihara daripada penempelan kucar kacirkan kefahaman dan keyakinan umat Islam dan sekalian anak cucu Adam a.s. itu.

Mengapa Perlu Memiliki Buku Ini?

  • Memahami hukum-hakam Islam dengan lebih jelas.
  • Menjadi rujukan dalam kehidupan harian.
  • Membantu melaksanakan ibadah dengan betul.
  • Meningkatkan kefahaman syariat Islam.

Maklumat Buku

  • Penulis: Haji Zainal bin Haji Bujang
  • Penerbit: Al-Hidayah
  • ISBN: 9789830996561
  • Berat: 0.3 kg

Sesuai Untuk Pembaca

  • Pelajar agama.
  • Penuntut ilmu.
  • Guru agama.
  • Muslim yang ingin mendalami fiqh.