• 9259
1

Fajar Pakeer

Goda Dia Sampai Dapat Oleh Crystal Anabella

Regular price
RM 26.00
Sale price
RM 26.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Goda Dia Sampai Dapat Oleh Crystal Anabella

Goda Dia Sampai Dapat karya Crystal Anabella mengisahkan hubungan yang bermula dengan ikatan pertunangan dan pelbagai cabaran yang menguji hati. Kisah ini berpusat pada Gibran. Enggan menjadi anak derhaka, Dewi Balqis setuju mengikuti kelas imej Leo. Leo jiran yang merangkap teman mesranya. ”- LEO Mulut Leo memang pedas berbisa. Tapi, dalam diam… jiwanya berlagu asmara. Apa punya perumpamaan!”- DEWI Jiwa Dewi terusik dengan keletah

Sinopsis Novel Goda Dia Sampai Dapat

Enggan menjadi anak derhaka, Dewi Balqis setuju mengikuti kelas imej Leo. Leo jiran yang merangkap teman mesranya.

“Berapa duit hantaran yang you expect daripada bakal suami you?”- LEO

“At least 50k.”- DEWI

“Anak dara pemalas macam you, 5k pun dah rugi tahu? ”- LEO

Mulut Leo memang pedas berbisa. Tapi, dalam diam… jiwanya berlagu asmara.

“You pakai apa pun, my heart will always beat for you.”- LEO

“Kalau jantung tak berdenyut. Matilah. Apa punya perumpamaan!”- DEWI

Jiwa Dewi terusik dengan keletah encik jiran. Malangnya hati Dewi sudah ditakluki jejaka lain.

“You jangan ingat I buta, Dewi. I nampaklah cara you pandang Leo macam mana!” - GIBRAN

Gibran dibadai cemburu bila kekasih hati direbut sepupu sendiri. Dewi pula serba salah hendak memilih. Gibran cinta pertamanya… namun godaan Leo mampu meletuskan bunga api di jiwanya.

Kemunculan Ellen dan Freddie mengundang seribu satu krisis dalam hidup Dewi. Di situlah Leo menjadi penyelamat untuk Dewi. Menjadi dahan untuk dia berpaut menumpang kekuatan.

Haruskah Dewi menolak cinta Leo saat kalbunya menjerit inginkan lelaki itu sedangkan dia sudah ada Gibran?

Gibran, mampukah melepaskan seseorang yang sudah sebati di jiwanya?

Bagaimana dengan Leo… ikhlaskah dia mencintai Dewi atau semuanya sekadar cabaran?

Dia, gadis yang memilih untuk jatuh cinta. Dia, lelaki yang terpilih untuk memberikan seluruh cinta.

Namun, untuk menyulam bahagia bukan semudah yang disangka kerana akan ada syarat derita yang menunggu di sana…

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
  • Watak yang berkembang secara semula jadi.
  • Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.

Genre Novel Goda Dia Sampai Dapat

  • Novel Melayu
  • Romantik Melayu

Novel Ini Sesuai Untuk Peminat

  • Peminat novel cinta.
  • Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
  • Pengumpul novel Melayu.

Novel Berkaitan Crystal Anabella

  • Kekasih Encik Dingin
  • Bakal Isteriku, Gengsternya!
  • Bila Kuli Jadi Artis
  • Mr. Sexy's Sugar
  • My Stupid Bae